Musim Raya dah nak habis, Alhamdulilah tahun ni masih boleh beraya dengan aman tak seperti negara luar yang asyik berperang.
Selalunya di Malaysia, sambutan raya anjuran sekolah atau pejabat mesti dipenuhi dengan acara menyanyi lagu raya kan? Ramai orang mahu menyanyi dan buat persembahan untuk berhibur. Tapi, pelajar SK Bukit Mahkota, Felda Bukit Aping Timur Kota Tinggi, Johor ni memang gempak. Semuanya pelajar sekolah rendah, tapi kemahiran bermain ukelele dan menyanyi boleh buat ramai orang dewasa malu kot. Saksikan persembahan mereka di video ini yang sudah dikongsi lebih 5,000 kali, ditonton lebih 400,000 kali dan terima pujian lebih 600 netizen.
Rata-rata di komen, netizen memuji persembahan budak-budak kecil ini. Yerlah, asyik dipenuhi berita tak berapa sedap didengar tentang budak sekolah, seronok tengok pelajar Malaysia sebenarnya masih ramai yang berbakat dan tak buat masalah. Atau adakah Bangsa Johor memang bangsa yang suka berseni dan berbudaya, sampai boleh buat persembahan sebegini? - CARI |
RatuDunia94 replied at 3-7-2019 12:07 PM
Biasa jeee
ADVERTISEMENT