CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Dari Dulu Memang Mahal Kan?" - Ahmad Maslan Ditempelak Bangkitkan Isu Rumah Mahal

13-8-2019 11:28 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3950| Komen: 22|Original author: Oleh: Shimmer Shine




Masalah berpuluh ribu unit rumah tidak terjual adalah perkara yang sangat meresahkan. Ini juga petanda bahawa warga Malaysia sendiri tidak mampu membeli rumah kerana harganya didakwa sangat 'mampu milik'. 


Namun, apabila ahli politik Datuk Seri Ahmad Maslan menulis tentang isu ini bertanyakan tanggungjawab kerajaan sekarang, ramai pula yang mengecam beliau. Semuanya dengan alasan, sejak pemerintahan kerajaan terdahulu, masalah sama telah berlaku kerana ketamakan pihak pemaju.

Ketepikan perbezaan politik, masalah utama haruslah dipandang berat kerana harga rumah nampaknya tidak turun-turun, rakyat semakin sengsara. Jadi, di mana silapnya semua ini?


Kredit foto: Twitter
Bagi warganet, menyalahkan kerajaan sekarang kerana harga rumah mahal tidak begitu tepat kerana ia adalah masalah yang sama sejak sekian lama. Perlu mencari masalah dari akar umbi iaitu punca utamanya ialah ketamakan pihak pemaju.

Malahan menurut segelintir individu, itu adalah muslihat pihak pemaju yang meletakkan rumah dengan harga mahal untuk mengaut lebih banyak untung. Apabila warga Malaysia sendiri tidak mampu membelinya dalam tempoh masa dua tahun, maka ia akan ditukar dengan status hak milik bebas. 

Lalu menjualnya kepada warga luar negara, misalnya Singapura dengan harga yang mampu dibayar mereka berbanding kita. Dan sebenarnya amalan itu telah diamalkan sejak pemerintah kerajaan terdahulu lagi.



Foto : Google

Pelbagai kritikan dan aduan telah dibuat kepada pihak kerajaan. Hal ini terus berlaku kerana tiada penguatkuasaan ke atas pihak pemaju yang mempunyai agenda sendiri. Ditambah dengan kerakusan ahli politik yang tamak, ia membuatkan rakyat makin sengsara. Kasihan warga Malaysia, merintih di dalam negara sendiri yang tiada siapa pun peduli. - CARI 
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanysss 13-8-2019 11:39 AM
hahaha sama je ngan MB Dato' K tu.. padahal dari dulu rumah mahal nak mampos..
Quote prettyuglybabe 13-8-2019 11:56 AM
masa jadi pemerintah dulu tak nampak pula masalah ni ye..
Quote Asdan 13-8-2019 11:57 AM

mahal sejak 2011, secara tiba-tiba, kenapa ya?
Quote Skuau 13-8-2019 11:58 AM
apabila....semua tanah itu...TANAH KERAJAAN...KERAJAAN jual kat YAHUDI@pemaju(nma cantik depa)... buat rmh jual kat rakyat..sdh tentulah dengan harga ...YAHUDI....drp mana KERAJAAN wujud?...RAKYAT yg undi.....muka sapa nampak BODOH sekarang???...Muka rakyat,yahudi@pemaju atau ahli politik(pemimpin nma cantik depa).
Quote ikankeringmurah 13-8-2019 12:43 PM
Asdan replied at 13-8-2019 11:57 AM
mahal sejak 2011, secara tiba-tiba, kenapa ya?

knp masih tk turun sejak PH menang PRU14?
Quote sitiselangor 13-8-2019 12:46 PM
prettyuglybabe replied at 13-8-2019 11:56 AM
masa jadi pemerintah dulu tak nampak pula masalah ni ye..

macai bodoh cam kau percaya ph menang harga semua turun sebab dijanjikan gst sifar

tongong keturunan kau semua bodoh2 belakeeee


Quote wirazam 13-8-2019 12:48 PM
prettyuglybabe replied at 13-8-2019 11:56 AM
masa jadi pemerintah dulu tak nampak pula masalah ni ye..

dulu...mana dia pikir pasal rakyat sgt...ingatkan leh berkuasa sampai bila2..
Quote Mfzg89 13-8-2019 01:23 PM
maslan buka warung jela... nasi goreng ridset cili berhias tu dengar cite ramai perminat...
Quote cmf_premierleag 13-8-2019 01:27 PM
istilah femes among speculator..price sure go hwanggg upp waannn
Quote mizzmimi 13-8-2019 01:34 PM
puncanya engkorang juge tamak makan persen kan.. sekarang nak jadi johan perjuangkan benda yang ko rosakkan memang kena ludah lah. you set the precedence. nak fix pon dah takde kuasa. but u could be the people's voice now. rakyat pon tak sabar nak jatuhkan kera jaan sepenggal tu.

a good opposition is what we need now tho.
Quote mizzmimi 13-8-2019 01:39 PM
katanya dulu suka paw orang kampung. datang melawat kampung mintak buah lah, mintak benih sawit lah. angkut sampai penuh bonet siap bawak 4wd bagai. orang kampung susah payah tanam, jaga, tuai hasil tak merasa pon, ko kibab sesenang je. tak kesian ke orang tu bukannya fixed income ngan allowance plus2 cam ko. cipet naw2 perangai.

Quote ketambangkang 13-8-2019 02:06 PM
Mfzg89 replied at 13-8-2019 01:23 PM
maslan buka warung jela... nasi goreng ridset cili berhias tu dengar cite ramai perminat...

bahahah nama dia ahmad la..maslan tu bpk dia
Quote VirusDetected 13-8-2019 03:45 PM
relevan lg ke Ahmad Maslan ni???
Quote fushimi 13-8-2019 04:39 PM
ada je rumah yang masih murah kat malaysia

cuma bukan kawasan bandar

tapi ada beberapa negeri harga rumah dah meningkat naik macam terengganu



Quote diggerr 13-8-2019 07:32 PM
Siapa yang pegang ekonomii.. pemaju kebanyakannya siapa
Quote ikankeringmurah 14-8-2019 12:10 AM
VirusDetected replied at 13-8-2019 03:45 PM
relevan lg ke Ahmad Maslan ni???

Ahmad Maslan 10x ganda lg elok dr Lim Guan Eng yg hapus GST & perkenal SLOW-SLOW TIPU@SST
Quote Xim 14-8-2019 01:50 AM
Atleast masa krjn lama tadbir dulu still ade rmh murah 35k 42k x jauh dr CIQ johor plak tu . Cuma yg pelik kenape ye negara kt ni byk bebeno bina kedai kosong buat bela hantu ?
Quote glump 14-8-2019 08:15 AM
Dulu rumah mahal pun ada yg mampu beli sbb ekonomi mrk stabil.. Skrg  nie ramai tak berani commit, mampu tengok je or sewa lg murah
Quote ctaz 14-8-2019 08:54 AM
asal mahal tahun 2011 bila najib umumkan rumah mampu milik min 200k....
time tu semua rega rumah mencanak naik macam hanat...
sekarang ni rumah mampu milik paling murah pernah aku tgk 188k 900sqft dekat hillpark...
itu pun rega time tanah lapang...naik tiang je...rega dah lain....

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.039800 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top