Intan Ladyana kini sudah berusia 34 tahun namun dia masih lagi belum berkahwin dan tidak mempunyai kekasih. Kebiasaannya wanita pada usia 20-an sudah memiliki dua atau tiga orang anak.
Intan Ladyana lebih memilih untuk tidak berkongsi tentang hal peribadi kepada umum. Intan berkata dia akan membuka mulut serta memberi komen apabila sudah sampai waktunya.
Foto IG Memetik laporan Gempak, Intan tidak kisah sekiranya sampai sekarang dia tidak mempunyai kekasih kerana soal jodoh itu di tangan Tuhan. "Ada atau tidak (kekasih), biarlah masa yang menentukannya. Apabila tiba masanya nanti, pasti saya akan membuka mulut berkongsi kepada umum mengenai perkara ini.
Buat masa ini, tidak ada apa-apa yang perlu saya katakan." Sudah diketahui umum, Intan memang tidak suka berkongsi kisah peribadi kepada umum, memang jarang sekali kita melihatnya mencetuskan kontroversi sejak kali pertama berada dalam bidang hiburan. "Memang dari dulu lagi saya kurang gemar berkongsi hal peribadi. Bagi saya, cerita peribadi adalah hanya untuk saya," katanya kepada Gempak.
Semoga Intan Ladyana menemui jejaka pilihannya tidak lama lagi. Biar lambat asalkan tidak tersalah pilih betul tak? - CARI |
gebugebas replied at 3-7-2019 07:30 PM
34? Mcm xcye je..die dgn kamal pon die lgi tua dlu.. skrg kamal Pon dh umo brpe..xkan die masih 34 l ...
ADVERTISEMENT