Izreen meluahkan rasa syukur dan gembira kerana telah selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Aaron Ibrahim Sabtu lalu. Berita gembira itu dikongsikan oleh Izreen menerusi sebuah post di akaun Instagram miliknya semalam.
"Syukur Alhamdulillah...Semuanya berjalan dengan lancar dan baik sekali. "Terima kasih bagi semua yang mendoakan untuk saya dan baby. Sabtu (29/6/2019) 1.46 AM "Aaron Ibrahim Bin Muhammad Radzi" tulisnya di Instagram. Namun begitu, ruangan komen foto berkenaan telah ditutup Izreen kerana isu menjadi orang ketiga masih belum surut sehingga sekarang. Izreen dan suaminya, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid telah bernikah pada 8 Ogos 2017. Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun bercerai pada 2014, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar. Manakala, Ude pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri dan Ariq Murqi. - CARI |
ADVERTISEMENT