CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Penganjur Langgar Syarat Guna Logo, Kementerian Pendidikan Yang Kena Kecam!

5-7-2019 11:40 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4578| Komen: 21|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Salah satu gambar menunjukkan peserta kategori dewasa Perak MUDA Dancesport Championship yang tular dalam media sosial. Kredit foto: Facebook


Perbuatan tidak bertanggungjawab penganjur acara Perak MUDA Medalist Dancesport Championship baru-baru ini yang gagal memastikan para peserta mematuhi kod pakaian yang ditetapkan telah menyebabkan Kementerian Pendidikan menerima kritikan hebat daripada orang ramai.

Kementerian Pendidikan turut terpalit apabila logonya dipaparkan pada kain rentang dan tirai latar semasa acara berlangsung di sebuah hotel di Ipoh, Perak.

Netizen mula mengecam kementerian berkenaan selepas beberapa gambar murid-murid sekolah dan peserta-peserta dewasa yang berpakaian mencolok mata tular dalam media sosial. 

MUDA didapati melanggar syarat penggunaan logo Kementerian Pendidikan yang hanya dibenarkan untuk sijil penyertaan kategori murid sekolah sahaja. Kredit foto: Facebook.

Bagi menjernihkan keadaan, Kementerian Pendidikan dalam kenyataan media yang disiarkan melalui Facebook pada 1 Julai menegaskan bahawa pihaknya kesal dengan kegagalan penganjur, Malaysia United Dancesport Association (MUDA) mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Kementerian itu menyatakan bahawa pihaknya hanya membenarkan penyertaan murid bagi kategori murid sekolah dan telah menggariskan tatacara pemakaian yang perlu dipatuhi oleh mereka.

"Lantaran kebenaran penggunaan logo KPM hanya melibatkan kategori murid sekolah dan sijil penyertaan bagi kategori itu. Penggunaan logo KPM pada sijil bagi kategori-kategori lain tidak mendapat kebenaran KPM.

"Begitu juga dengan penggunaan logo KPM pada kain rentang dan tirai latar (kain rentang) semasa pertandingan," jelas kementerian tersebut.

Kredit foto: Facebook

MUDA juga telah mengeluarkan kenyataan media pada 30 Jun bagi memohon maaf atas kecuaian menggunakan logo Kementerian Pendidikan bagi kategori dewasa tanpa memperoleh kebenaran daripada kementerian itu terlebih dahulu. 

Kementerian Pendidikan memberitahu pihaknya tidak akan terlibat lagi dalam program anjuran MUDA serta menyatakan bahawa penganjur seharusnya membatalkan penyertaan mereka yang tidak mematuhi tatacara pemakaian.

Sebahagian daripada kritikan netizen. Kredit foto: Facebook

Semoga insiden ini menjadi pengajaran kepada mana-mana penganjur pada masa akan datang agar tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan nama baik mana-mana kementerian dan agensi kerajaan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 5-7-2019 12:32 PM
Dah kena kecam baru nak telagah
Quote akusukaq 5-7-2019 12:44 PM
dulu dulu tak pernah pun jadi camni. nak bagi kebenaran pelajar sek join tentukan ikut garis panduan dr kement.pendidikan. ke memang semua pun ambik ringan .bila dah hena hentam baru nak bagi  alasan
Quote sitilu 5-7-2019 12:58 PM
kecam je penipu2 konon tol free kalau undi dia

sekarang dia dah jadi mentri gaji puloh2 ribu, janji buat2 lupa plakkk

kesian la kat orang yg tertipu undi kau pasal janji2 kau tu

Quote axl_bach 5-7-2019 01:02 PM
Tunjuk bukti surat garis panduan yg dikata tu
Quote Zeatyisaac 5-7-2019 01:03 PM
Mudah, buat salah, minta maaf, settle. Next time buat salah lagi, minta maaf, settle. Pastu buat lagi, minta maaf, settle. ... Bila nak habis daaaa...
Quote EmaAsmadi 5-7-2019 01:15 PM
Menjolok mata satu hal. Masalahnya buruk dab tua. Nak muntah tengok
Quote pyropura 5-7-2019 03:03 PM
Kenapa tak repot polis je lobaicai2 Umno tabor pitenah?? Raja2 Melayu pun dan tegur maraknya pitenah ni
Quote hussaini4675 5-7-2019 11:03 PM
sitilu: kecam je penipu2 konon tol free kalau undi diasekarang dia dah jadi mentri gaji puloh2 ribu, janji buat2 lupa plakkkkesian la kat orang yg tertipu und ...


Plaza tol simpang renggam bau sangat hancing
Quote nono86 6-7-2019 12:54 AM
Lama dah mazlee tak keluar berita. Pegi haji ke beliau
Quote am2020 7-7-2019 12:07 PM
alasan...jenis suka kencing merata2...ko ingat rakyat nak percaya...
Quote Xim 8-7-2019 02:37 PM
Alasan demi alasan . mcm biasa la . kes PAsir Gudang pn mcm2 alasan krjn bg . citt
Quote dino 8-7-2019 02:55 PM
pyropura replied at 5-7-2019 03:03 PM
Kenapa tak repot polis je lobaicai2 Umno tabor pitenah?? Raja2 Melayu pun dan tegur maraknya pitenah ...

fitnah tu ph la paling byk.. die tgur semua..
dan2 puji raja melayu asal bleh backup
Quote bulan_gerhana 8-7-2019 03:20 PM
inilah namanya free marketing... tak pasal je.. dpt free marketing tpt ajar dance ni...

rasa search nama organizer ni... mmg ajar dance kat children & adult... lagi femes la derang ni..

Quote seri_mawr 8-7-2019 03:30 PM
pyropura replied at 5-7-2019 03:03 PM
Kenapa tak repot polis je lobaicai2 Umno tabor pitenah?? Raja2 Melayu pun dan tegur maraknya pitenah ...

x rasa raja2 melayu tu ckp kat PH ke..??
adohai....aku sebagai rakyat marhean ni faham raja2 melayu tu lebih kepada menegur kerajaan skrg....

Quote pyropura 8-7-2019 05:20 PM
dino replied at 8-7-2019 02:55 PM
fitnah tu ph la paling byk.. die tgur semua..
dan2 puji raja melayu asal bleh backup

Apa yg gomen PH pitenah? Lobai2 wannabe Umno je yg tabor pitenah setiap hari, sampai Raja2 tegur.
Quote pyropura 8-7-2019 05:22 PM
seri_mawr replied at 8-7-2019 03:30 PM
x rasa raja2 melayu tu ckp kat PH ke..??
adohai....aku sebagai rakyat marhean ni faham raja2 mela ...

Pitenah ape yg kerajaan sekarang buat? Umno je yg aku tengok dok tabor pitenah kat Medsos setiap hari
Quote Ina8895 9-7-2019 01:46 AM
dasar tua kutuk tak sedar diri
Quote seri_mawr 9-7-2019 09:23 AM
pyropura replied at 8-7-2019 05:22 PM
Pitenah ape yg kerajaan sekarang buat? Umno je yg aku tengok dok tabor pitenah kat Medsos setiap h ...

no wonder you sokong PH....

ni jek level2 penyokong PH rupernya...


Quote TalibanRock 9-7-2019 09:55 AM
KPM juga patut pantau sekolah yang ambik aimy laksa sebagai penceramah walhal anak dia pon x dihantar ke sekolah. booooooooooo

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.052500 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top