Trend fesyen kadang-kadang pelik dan tidak masuk dek akal, macam-macam dah keluar dan berderetlah wanita (atau lelaki) yang mencubanya.
Terbaru, seorang pereka fesyen dari London, Ancuta Sarca mengeluarkan koleksi kasut tumit tinggi yang digabungkan dengan kasut sukan. Pelik kan idea ini? Tapi, tapi tak boleh nak kata apa juga sebab orang yang suka berfesyen memang pelik dan luar biasa sikit cita rasanya.
Ancuta dikatakan mendapat idea ini apabila menyedari dia memiliki terlalu banyak kasut sukan lama dan tidak dipakai. Jadi, daripada dibuang, baik dikitar semula dan digabungkan dengan kasut tumit tinggi. Difahamkan, dia mengambil masa empat bulan untuk menghasilkan koleksi ini khas untuk musim panas di Eropah sekarang. Agak-agaknya, ada wanita Malaysia sanggup pakai ke? - CARI
|
Nurul8001 replied at 3-7-2019 11:30 AM
Kalau macam ni, cantik tak?
ADVERTISEMENT