Susulan penyebaran rakaman CCTV yang memaparkan pergerakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Aziz yang berada di luar bilik hotel di Sandakan, Sabah, jurucakap kepada hotel itu akhirnya memberikan reaksi berhubung hal berkenaan.
Memetik laporan Free Malaysia Today, jurucakap hotel memaklumkan yang pihaknya mengetahui mengenai penyebaran rakaman video tersebut. "Kami maklum tentang rakaman video berkaitan kes yang didakwa melibatkan Haziq Abdullah dan lelaki mirip menteri itu dinaikkan ke YouTube,” kata jurucakap hotel itu. Namun demikian, pihaknya tidak dapat memberikan butiran lanjut kerana sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam kes itu.
“Keselamatan dan kesejahteraan tetamu merupakan tanggungjawab pertama kami. “Justeru, pihak hotel sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan tidak dapat memberikan maklumat lanjut,” katanya lagi. Semalam tersebar rakaman dari beberapa sudut menunjukkan dua lelaki yang didakwa Haziq Aziz dan setiausaha politik kepada seorang menteri berulang-alik di kawasan lobi lif dan koridor sebuah hotel di Sandakan. - CARI
|
rhea85 replied at 4-7-2019 04:08 PM
nak cover mcm mana lagi la ni....semua dah leaked
R2D2 replied at 4-7-2019 05:25 PM
staff security yg bocor video tu confirm kena buang
dino replied at 4-7-2019 05:41 PM
yg leak dah dpt habuan dah tu haha
kelapaparut replied at 4-7-2019 02:34 PM
Bangkai gajah nak tutup xpayahla..kalu btul ade skandal sex ngaku je lah, kalu kerja elok jd menteri ...
dino replied at 4-7-2019 05:41 PM
yg leak dah dpt habuan dah tu haha
ADVERTISEMENT