“Kalau kita ada saham minoriti pun tak ada makna juga, NST (New Straits Times) tidak mesra dengan kita lagi." Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tindakan UMNO menjual saham dalam Media Prima Berhad (MPB) merupakan langkah tepat memandangkan syarikat berkenaan sudah tidak mesra terhadap parti itu.
Memetik Utusan, sebanyak 11.09 peratus kepentingan parti dalam syarikat Media Prima Bhd dijual kepada taikun Syed Mokhtar Al-Bukhary. “Satu keperluan untuk UMNO berbuat demikian. Media Prima dah tidak ada dalam kawalan UMNO lagi," katanya di lobi Dewan Rakyat hari ini seperti dipetik Utusan. - CARI
|
zidane_ziege replied at 4-7-2019 05:47 PM
Dah kalah sapa nak mesra2 dgn kau..bukan boleh dpt apa pon..
Tapi macai dan lobai kemain mesra ...
ADVERTISEMENT