Di sebuah kawasan terpencil di Australia Selatan terdapat tarikan menarik yang sering menjadi tumpuan pengunjung. Tempat itu dikenali sebagai Lake MacDonnell. Apa yang istimewa tentang tasik ini adalah pemandangan indah bewarna merah jambu yang sangat nyata.
Gambaran atau foto Lake MacDonnell juga bukanlah disunting dari aplikasi, tetapi ia adalah benar dan keindahan berwarna merah jambu itu adalah kejadian semula jadi. Untuk itu, jom layan gambar keindahan tasik ini sambil mengetahui lima fakta menarik tentangnya.
1. Terletak jauh dari pusat bandar dan sangat tenang Untuk pergi ke Lake MacDonnell, adalah disyorkan untuk menggunakan penerbangan tempatan dari Adelaide ke Ceduna. Selepas menempuh jarak 860 kilometer (km) selama satu jam setengah, anda masih memerlukan perjalanan selama 45 minit untuk sampai ke lokasi tasik MacDonnelll. Pelancong biasanya menyewa van untuk mendapatkan suasana yang lebih istimewa sambil meneroka Lake MacDonnell. 2. Warna merah jambu cantik menghiasi tasik Anda tidak salah lihat. Tasik ini memang berwarna merah jambu yang ceria. Tasik ini memiliki warna seperti ini kerana mengandungi kadar garam yang sangat tinggi di dalamnya sehingga membuat alga (rumpai air) tumbuh dengan subur dan akhirnya memberi warna merah jambu pada air tasik. Tempat ini adalah bekas penambakan garam yang tidak lagi digunakan. 3. Warna air boleh berubah mengikut keadaan Perubahan warna merah jambu adalah perkara biasa di tasik ini kerana iklim memberi kesan kepada perkembangan alga. Penggredan warna yang tercipta biasanya berwarna merah jambu yang kadangkala kelihatan seperti dusty pink atau pink jingga. 4. Bersebelahan pantai terkenal di Australia Salah satu pantai popular di Australia berada berdekatan Lake MacDonnell, iaitu Cactus Beach! Andainya sudah puas berjalan-jalan dan bermain air di pinggir Lake MacDonnell, anda boleh terus ke Cactus Beach, yang jaraknya hanya 5 km saja jauhnya. 5. Spot foto menarik yang tidak boleh dilepaskan Salah satu perkara wajib perlu dilakukan adalah menyimpan keindahan Lake MacDonnell dengan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Foto akan semakin lebih menarik ketika diambil dari jarak jauh dengan dron atau boleh juga mengambil gambar keindahan air bewarna pink dari jarak dekat. Keduanya sama-sama eye catchy! Indah bukan? - CARI |
ADVERTISEMENT