CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Izzue Islam Dan Isteri Mahu Jalani Ujian Kesuburan Akhir Tahun Ini

5-7-2019 12:25 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7540| Komen: 40|Original author: Oleh: Shimmer Shine


Selepas enam tahun tanpa pengikat kasih, Izzue Islam,29 dan isterinya, Awin Nurin akhirnya mengambil keputusan untuk menjalani ujian kesuburan hujung tahun ini.


Kepada Harian Metro, Izzue menjelaskan yang mereka berdua pernah merancang melakukannya sebelum ini namun jadual kerja yang padat membuatkan ianya tergendala.


"Kami sepakat untuk melakukannya dengan serius dan perlu berkorban masa. Jadi, saya tetapkan hujung tahun ini dan berharap isteri dapat peluang hamil tahun depan," katanya.

Menurut Izzue lagi, hujung tahun adalah masa terbaik kerana tidak terlalu sibuk dan juga perlu mengumpul wang sebagai persediaan.

"Kami banyak merujuk pada kawan soal mendapatkan zuriat. Sebelum buat IVF, kami perlu menjalani ujian kesuburan terlebih dahulu."


Bagi Izzue, mereka sudah bersedia jika ada antara mereka berdua yang mengalami masalah, maka rawatan susulan perlu dilakukan. 

"Sebab itu, saya perlu kumpul wang kerana tak tahu kos rawatan nanti. Lagipun sebagai anak seni, saya tidak ada gaji tetap. Jadi perlu bersedia dengan segala kemungkinan."

Izzue juga menjelaskan yang sepanjang tempoh rawatan nanti, dia mungkin tidak dapat menerima sebarang tawaran berlakon dan nyanyian kerana mahu fokus.

Foto: IG

Semoga Izzue dan Awin berjaya dalam usaha mendapatkan anak serta mengikut jejak langkah artis lain yang tidak mengenal erti putus asa. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 5-7-2019 01:19 PM
Ni pon perlu canang? Xnk share ke gmbe konek dn pepek kot netizen bole bg nasihat cemaner nk buat anak. News sampah je
Quote crazybeach 5-7-2019 01:25 PM
perlu ke kau nak jaja citer pasal kesuburan lah hape bagai? so??? kau nak para netizen expect hape?? angry bebird kau pulak yang berterbangan lepas nih???
Quote de_ikea 5-7-2019 01:32 PM
Ada benda kena simpan sikit pokjue. Nnt masa treatment org dok sibuk tanya, lg stress awin. Masa nk conceive tak boleh susah hati.

Jgn jd mcm fizo. Period isteri tak betul pun dok cerita kat umum.
Quote SherryZass 5-7-2019 01:36 PM
Aiyo diam2 sudehlah
Quote bungarose 5-7-2019 01:38 PM
Takperlu citer sampai rawatan kesuburan... baru plan dah mencanang
Quote mata_kucing 5-7-2019 01:45 PM
Waktu treatment tak boleh stress. Nak nak.. Tak semestinya buat pertama kali berjaya,  better keep to yourself first.  Been thru failes ivf,  trust me,  it was damn hard.
Quote lolipopbiru 5-7-2019 01:46 PM
izzue ni kan semua benda dia nak share dengan fans.video awin tengah tidur bedengkur,tengah mengigau tidur dalam selimut kemudian peluk dia yang tak pakai baju pun dia share kat igs.pendek kata semua dia share pasal love life dia.tapi tak ada orang menyampah pun.mungkin sebab nampak tulus cinta dia pada wife dia.untung awin ni dapat izue yg setia......
Quote uori 5-7-2019 02:04 PM
Edited by uori at 5-7-2019 05:43 PM

kan! diam2 sudah.

Quote matchstick 5-7-2019 02:16 PM
okay noted...semoga berhasil
Quote azwanaliori 5-7-2019 02:39 PM
Ivf dpt sponser kot tu yg kene canang
Quote boojaat 5-7-2019 04:42 PM
Nape tggu ujung thn? Bkn lama pun nak cek kesuburan kan... Sejam dua jam or at least amik masa 1 hari pegi hospital
Quote lotionmilo 5-7-2019 04:52 PM
Tak payah lah cite
Satlagi ivf tak menjadi. (Bukan mendoakan tapi memang kekadang tak jadi) Orang tertanya tanya. Stress pulakkk
Quote Zazashar 5-7-2019 04:59 PM
Hurrmmm so?
Quote rosevelvet 5-7-2019 05:04 PM
mata_kucing replied at 5-7-2019 01:45 PM
Waktu treatment tak boleh stress. Nak nak.. Tak semestinya buat pertama kali berjaya,  better keep t ...

Brp kali went thru ivf?
Quote nipskacang 5-7-2019 05:41 PM
News worthy ke kau nk g ujian subur bagai? Buat senyap2 mcm celine dion,  siti nurhaliza,  lisa xleh ke? Btw all the best k,  aku suke je lakibini ni,   tapi berita ni simpan je k.  
Quote RatuDunia94 5-7-2019 09:08 PM
Aha ek... diam2 buat x boleh ke?
Seminggu bape kali maen x nak cerita sekali ke?
Quote msrosse 5-7-2019 09:35 PM
Bini dia ni umur berapa ya ... nampak tua byk sgt je dgn dia ...
Quote bonggo 5-7-2019 09:45 PM
Fizo n mawar buat rawatan dkat dr hamid arshad.  Senyap2 je dorang pergi tp doc tu yg update dlm fb dia.  Alhamdulillah dpt cik yam tp mak pak plak problem skrg. Harap izzue pon berjaya la menimang zuriat
Quote nono86 6-7-2019 01:04 AM
Kesian. Moga berhasil

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.045858 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top