Seorang lelaki membunuh diri dengan terjun dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru selepas dipercayai ditipu. Utusan melaporkan, seorang penghuni tingkat tujuh menemui mayat doktor gigi yang bertugas di sebuah hospital kerajaan itu dalam keadaan terlentang di koridor bahagian belakang pangsapuri berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais, pihaknya turut menemui beberapa nota menyatakan lelaki itu telah ditipu. Selain itu, polis turut menemui sebilah pisau di dalam beg mangsa berusia 33 tahun terbabit. Katanya, pemeriksaan di setiap tingkat menemui barang-barang dipercayai milik mangsa seperti sebotol minuman keras, pisau kecil dan sarung tangan di tingkat 22. Polis percaya kejadian itu tiada unsur jenayah. - CARI
|
sitilu replied at 5-7-2019 02:31 PM
aisehhhhhhhh
bayar je la tol tu, tak berbaloi bunuh diri sebab masih kena bayar tol
jazaa100 replied at 5-7-2019 03:23 PM
Lelaki pun kena scam ke?
matchstick replied at 5-7-2019 03:28 PM
kena tipu dek gelpren kaki kikis ke macau scam
kalau macau scam mgkn beliau malu sbb dh jadi d ...
KIM.K replied at 5-7-2019 09:20 PM
Macam mokhzany ke? Kena scam RM2b ngan geng macau simpan 3 hari sebelum apak bayau
ADVERTISEMENT