Trend bubble tea atau pun dikenali sebagai teh boba semakin mendapat perhatian dalam masyarakat. Walaupun sudah diberitahu kandungan gula dalam minuman ini sangat tinggi, ramai yang masih sanggup beratur membelinya.
Trend yang dimulakan di Taiwan ini kemudiannya dibawa masuk ke Malaysia ini mendapat perhatian seorang pakar perunding di Jepun. Katanya mereka yang sanggup beratur demi mendapatkan secawan teh boba ini sebenarnya mempunyai masalah keyakinan diri. Daripada pemerhatian beliau, orang muda cuba untuk 'fit in' dalam trend ini adalah kerana dua perkara: 1. Tidak mahu rasa dipinggirkan atau terpinggir
2. Supaya mereka berasa selamat berada dalam kumpulan dominan Iya tidak dinafikan minuman boba ini memang sangat sedap dan manis, tetapi ramai sebenarnya yang terikut dengan trend dan kemudiannya apabila diamalkan selalu ianya menjadi tabiat. Orang muda mudah merasa dipinggirkan jika mereka tidak tahu tentang trend terutamanya di zaman yang semuanya serba 'up-to-date' dan internet. Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat beliau, namun ketahuilah ada juga individu sebegini. Tak percaya? Cuba tanya rakan anda, sebab apa beliau mula minum minuman berboba ini? - CARI Sumber: Mothership.sg
|
shernazz replied at 9-7-2019 12:57 PM
Iols suka je nak try tapi iols xde la.join the crowd
Bila dh xde org ke atau kurang orang...iols tr ...
ADVERTISEMENT