CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pengguna Samsung Jangan Muat Turun App Palsu Ini, Wang Anda Boleh Lesap!

8-7-2019 04:00 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3121| Komen: 9|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Aplikasi palsu yang bertujuan mencuri wang penguna telefon pintar Samsung. Kredit foto: ZDNet


Kira-kira 10 juta pengguna telefon pintar Samsung terdedah kepada risiko kehilangan wang sekiranya mereka memuat turun aplikasi 'kemas kini' palsu yang berunsur penipuan.

Memetik laporan MSN Money pada 7 Julai, aplikasi yang dinamakan 'Updates for Samsung - Android Update Versions' itu boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play Store.

Aplikasi tersebut dipercayai dinamakan sedemikian bagi menarik perhatian orang ramai yang ingin mengemas kini telefon pintar Samsung mereka.

Pengguna telefon pintar Samsung perlu berhati-hati sebelum mengemas kini perisian. Kredit foto: Teiss


Untuk makluman, Samsung tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pelanggan yang ingin mengemas  kini sistem Android melalui tetapan telefon pintar.

Walau bagaimanapun, pengguna yang ingin memuat turun aplikasi palsu tidak mempunyai kaitan dengan Samsung itu dikenakan bayaran sebanyak AS$34.99 (RM145).

Lebih memburukkan keadaan, aplikasi berkenaan menyebabkan telefon pintar menjadi perlahan gara-gara iklan yang ditayangkan untuk menjana pendapatan bagi individu yang menciptanya.

Penganalisis perisian hasad CSIS Security Group, Aleksejs Kuprins yang mengesan aplikasi palsu itu berkata, aplikasi 'Updates for Samsung' tidak memberi sebarang nilai kepada pengguna-pengguna Samsung.

Ia menggunakan sistem pembayaran sendiri sekali gus bercanggah dengan peraturan Google dan menyebabkan data pembayaran anda boleh digodam.

Justeru, CSIS Security Group menasihatkan pengguna-pengguna Samsung agar mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh syarikat itu untuk mengemas kini perisian tegar (firmware).

Caranya adalah dengan membuka 'Tetapan' (Setting) pada peranti Android anda dan pergi ke 'Tentang telefon' (About phone) dan pilih menu 'Kemas kini Perisian' (Software Update).

Sebaik-baiknya, pastikan setiap aplikasi adalah selamat sebelum memuat turunnya agar tidak mengandungi perisian hasad yang boleh mencuri wang anda. - CARI

3

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 9-7-2019 01:44 AM
Sapalah yang bodoh sangat kena tipu tu?
Quote rainbowrainz 9-7-2019 02:17 AM
Bak kata dik lopa pe curlasttt pki samsung
Quote Xim 9-7-2019 09:59 AM
banned je la apps tu . nape blh wujud gitu plak . yihh
Quote shernazz 9-7-2019 10:01 AM
Iols auto update je
Kosser la.nak.donlod pelbagai apps neh
Ni pon.iols donlod ads blocker sebab forum banyak sgt iklan cam nak jadi pasar malam dah ..
Quote hussaini4675 9-7-2019 11:18 AM
Xim: banned je la apps tu . nape blh wujud gitu plak . yihh


Google play store tak tapis app kot. App scam pun boleh lepas.
Quote whadda 9-7-2019 02:04 PM
bodoh la sape yg nak install tu.. selalu pon auto update kan.. free
Quote gummygummy 9-7-2019 02:20 PM
bahaya weyhhhhh, nk dpt balik duit confirm berzaman. silap2 burn je
Quote ladybugs_12 9-7-2019 02:26 PM
for some people ada ke yg TER install .. makanya TER lesap...
Quote hussaini4675 9-7-2019 02:30 PM
ladybugs_12: for some people ada ke yg TER install .. makanya TER lesap...


Install tu free je. Tapi rasanya dia offer premium features bagai. Masa tu la mangsa kena ketuk

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.044213 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top