Meloyakan! Itulah reaksi yang boleh digambarkan apabila Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dilaporkan merampas tiga berus warna hitam dipercayai diperbuat daripada bulu babi.
Bukan itu sahaja, berus bulu babi itu dikatakan digunakan untuk menyediakan makanan di sebuah restoran di Senawang, Seremban seperti dipetik laporan Kosmo. Difahamkan premis yang juga tidak memiliki sijil halal itu tidak menyedari status berus itu dan meminta maaf kepada JHEAINS, menurut pengarah JHEAINS, Mohd Zaidi Ramli. Katanya lagi, kebanyakan premis makanan hanya memberi fokus kepada penggunaan bahan mentah halal dan melupakan aspek halal pada peralatan yang digunakan. "Berus itu dipercayai digunakan untuk sapu minyak pada ayam. Mereka tidak sedar berus itu berkemungkinan diperbuat daripada bulu haiwan yang tidak halal dan mereka turut rasa bersalah. "Ini antara sebab kami galakkan semua yang terlibat dalam perkhidmatan makanan di Negeri Sembilan mendapatkan sijil halal supaya kami dapat membimbing mereka apa yang halal dan tidak halal. "JHEAINS memiliki senarai peralatan yang halal dan tidak halal dalam menyediakan makanan," katanya. Dalam pada itu, premis tersebut difahamkan tidak dikenakan tindakan. - CARI
|
Asdan replied at 8-7-2019 07:09 PM
tanya sikit boleh ke, ada ke dalil bulu babi najis haram sentuh ?
sitilu: muntah siot, ntah camner la kapiak boleh hadap babi ni buat makan tiap hari
Asdan: betul ke mazhab syafie kata tak perlu basuh 7 kali ? <a href="http://www.astroawani.com/gaya-hidup/samak-tak-samak-dr-maza-huraikan-perihal-najis-babi-dari-kac" target="_blank">http://www.astroawani.com/gaya-hidup/samak-tak-samak-dr-maza-huraikan-perihal-najis-babi-dari-kac</a> ...
Maideen. replied at 8-7-2019 07:28 PM
Jangan lah tanya soklan susah susah macam itu atau soklan betul ka mazhab maliki mengharuskan peng ...
Count_Romanov replied at 8-7-2019 09:12 PM
hanya orang yaang tadak akal pura pura bijak akan cakap macam ni. hakikatnya diri sendiri jahil
...
M5 replied at 8-7-2019 09:14 PM
Kamu tu yg hakikatnya jahil, senang sangat pi telan apa yg pak ereb sumbat dlm kapla kamu
M5 replied at 8-7-2019 09:14 PM
Kamu tu yg hakikatnya jahil, senang sangat pi telan apa yg pak ereb sumbat dlm kapla kamu
LadyCarefree replied at 8-7-2019 08:06 PM
Benar. Ke4 mazhab pun lain pendapat sebabnye benda ni xclear dlm quran so ikot je memane pendapa ...
ADVERTISEMENT