Demi alam sekitar, kebanyakan kedai sekarang tidak lagi menyediakan penyedut minuman plastik dan ramai orang sudah mula menggunakan straw besi.
Namun, penggunaan straw besi juga terdedah kepada risiko berbahaya dan tidak mustahil berlaku kemalangan ketika menggunakannya. Begitulah yang berlaku di United Kingdom, di mana metro.co.uk melaporkan, seorang wanita bernama Elena Struthers-Gardner, 60, meninggal dunia kerana straw besi yang digunakannya tercucuk hingga menembusi mata dan otak, menyebabkan pendarahan teruk.
Difahamkan, kejadian berlaku di dapur rumahnya di Broadstone, Poole, Dorset, 22 November lalu. Menurut laporan itu, ketika kejadian dia sedang membawa jar minuman yang sudah dicucuk dengan straw besi apabila terjatuh. Malangnya, straw besi sepanjang 10 inci itu menusuk matanya sehingga tembus ke otak. 'Isteri' Elena, Mandy Struther-Gardner berkata; "Saya tidak mendengar dia terjatuh. Bila saya ke dapur, saya lihat dia sudah tertiarap dengan straw yang tercucuk ke kepalanya. "Saya nampak, penyedut minuman itu masih berada di dalam bekas minuman yang bertutup kemas dan objek besi itu menancap pada mata kirinya." Dr David Parham yang menjalankan bedah siasat ke atas Elena berkata, punca kematian adalah kecederaan parah di otak selepas "straw itu menembusi mata kirinya". Mahkamah yang bersidang hendak menentukan punca kematian Elena juga berkata, "walaupun kes ini sangat jarang berlaku, perhatian lebih perlu diberikan kepada penggunaan straw besi kerana ia boleh mendatangkan kecederaan parah. Dan straw besi tidak boleh diletakkan dalam penutup yang tidak bergerak, ia perlu bergerak bebas." Jadi, sesiapa yang menggunakan straw besi, hati-hati! - CARI |
Kurex replied at 10-7-2019 10:38 AM
Minum pakai buloh lain kali
batmana replied at 10-7-2019 10:57 AM
tapi straw besi ni pun kotor , klu basuh tiap hari, belum tentu ruang dlm tu bersih, psl tk nmpk
...
kaoru44 replied at 10-7-2019 10:49 AM
Aritu tpkr jgk xtajam ke straw besi ni..
nononcrux replied at 10-7-2019 11:05 AM
kenapa ade wujudnye straw besi, bukan bagus pon.. rusty dlm lagi teruk
batmana: tapi straw besi ni pun kotor , klu basuh tiap hari, belum tentu ruang dlm tu bersih, psl tk nmpk kalu paip besi pun bole berkeledak, apetah lagi straw ...
ADVERTISEMENT