Nama Mira Filzah memang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Punyalah terkenal sampaikan satu perhentian bas di Melaka yang dia pernah singgah untuk bergambar pun dijadikan tempat tarikan untuk peminatnya.
Tambahan pula apabila tular video 'Baby Sayang' ke seluruh Malaysia dan menjadi fenomena beberapa ketika yang lalu. Hebat betul penangan Mira! Sebab terlampau popular, Mira turut diberi gelaran 'Gadis Idaman Malaya' dan menjadi kegilaan ramai peminat lelaki Melayu di Malaysia ini. Sikit-sikit, mesti nak sebut dan bandingkan dengan Mira Filzah.
Hal ini menimbulkan rasa meluat para gadis di luar sana yang tidak memahami kenapa ramai lelaki terlampau obses dengan Mira Filzah. Pun begitu, ramai gadis menjelaskan bahawa mereka langsung tidak membenci Mira Filzah, cuma tidak faham kenapa artis itu harus dijadikan kayu ukur untuk semua perkara di mata lelaki Melayu. |
biozipstar replied at 10-7-2019 01:09 PM
dulu lisa surihani. pastu heliza helmi. now turn mira pijah.. nanti mira pijah dah masuk 30, ganti m ...
RatuDunia94 replied at 10-7-2019 12:03 PM
Its about Trends. Bila sorang mulakan... yg lain pon akan ikut.. bila x ikut akan di cop pishaaangg ...
ADVERTISEMENT