Selepas habis sahaja tayangan Jodoh-Jodoh Annisa yang meninggalkan ralat di hati penonton kerana Annisa memilih Rizal dan bukannya Nizam, kini ada cerita baru yang memenuhi slot itu.
Diadaptasi daripada sinetron Indonesia iaitu 'Putri Yang Ditukar', drama ini yang juga menggunakan tajuk yang sama membariskan pelakon-pelakon yang hebat. Antaranya ialah, Siti Elizad, Elisya Sandha, Eyra Hazali, Azrel Ismail dan ramai lagi. Bagi yang dah pernah lihat sinetron asal pasti mengetahui yang plot drama ini berkisar tentang kisah pasangan miskin yang tukarkan anak mereka dengan anak pasangan orang kaya kerana dendam. Amira dan Zahira merupakan dua orang gadis yang mempunyai latar belakang berbeza. Amira dibesarkan di dalam kehidupan yang serba sederhana bersama kedua-dua orang tuanya, Ihsan dan Farina. Zahira pula mempunyai kehidupan yang cukup mewah bersama kedua-dua orang tuanya, Tuan Malik dan Aini, di samping ibu tirinya, Maria dan kakak tirinya, Miesya. Tetapi Zahira selalu dibuli oleh Miesya. Namun, tiada seorang pun yang mengetahui akan rahsia yang tersembunyi di sebalik dua keluarga tersebut, dimana Zahira dan Amira telah ditukar sejak kecil. Siapakah yang menjadi dalang di sebalik pertukaran kedua bayi ini ketika dilahirkan? Pun begitu, ramai netizen yang tak puas hati dengan pemilihan sinetron itu sebagai adaptasi drama. Yalah, selain episod yang panjang, kadang-kadang plotnya melampau dan over! Macam manalah drama 'Puteri Yang Ditukar' ini nanti, sebabnya cerita asal memegang rekod sebagai drama yang mempunyai banyak episod iaitu sebanyak 2185 episod. Harapnya janganlah terlampau complicated sampai penonton naik meluat -CARI
|
Macam manalah drama 'Puteri Yang Ditukar' ini nanti, sebabnya cerita asal memegang rekod sebagai drama yang mempunyai banyak episod iaitu sebanyak 2185 episod.
cicicumel replied at 11-7-2019 02:24 PM
si azrel tu umo brp?? dah la cerita tv3 tu jadi adik fatah amin.. yg ni plak feeling2 remaja ke? oh ...
Managerara replied at 11-7-2019 03:21 PM
Azrel tu tak hensem lansung utk jadi pelakon kan..takde mud aku nengok
ADVERTISEMENT