CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Disangka Najis Tikus Dalam Roti - Gardenia Tampil Beri Kenyataan, Kan Dah Malu!

12-7-2019 11:11 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 23261| Komen: 112|Original author: Oleh: natrah

Kuasa viral atau tular memberi kebaikan mahupun keburukan. Kuasa viral di tangan media sosial mampu menjadikan seseorang atau sesuatu perkara itu terkenal dengan pantas. Hanya dengan satu butang "KONGSI' ia boleh memberi pelbagai impak kepada individu/perniagaan orang lain.



Baru-baru ini tular seorang pengguna laman sosial Facebook telah memuat naik hantaran mengenai roti terkenal di Malaysia, roti Gardenia. Menurut Liza Mokhtar roti yang dibelinya itu, terdapat najis tikus. Menurutnya lagi roti tersebut dibeli dalam keadaan masih berbungkus rapi. Usai membuka bungkusan roti, beliau terkejut melihat objek kelihatan seperti coklat pada roti tersebut. Setelah diteliti rupanya ia adalah najis tikus.

 

Setelah hantaran tersebut tular, pihak Gardenia tampil membuat kenyataan rasmi dan menjelaskan bahawa objek coklat yang didakwa najis tikus tersebut adalah serpihan doh yang telah melalui dua kali proses pembakaran. Pihak Gardenia turut membawa sampel tercemar tersebut ke SIRIM dan Pakar Kawalan Serangga Perosak untuk ujian kenalpasti dan untuk mengesahkan bahawa bendasing tersebut bukan najis tikus dengan persetujuan pengadu. Pihak Gardernia juga telah menjemput pengadu melawat kilang roti Gardenia untuk melihat sendiri keadaan kilang dan cara pemprosesan roti dibuat.
Pihak Gardenia menyeru netizen agar menilai terlebih dahulu keadaan/fakta sebelum menularkan sesuatu perkara. Netizen turun bersetuju dengan pihak Gardenia dan menuntut Liza Mokhtar membuat permohonan maaf atas sebaran hantaran tersebut.



Malah ada juga netizen yang mempertikaikan tindakan Liza Mokhtar menularkan perkara tersebut.

 
Dan ada juga netizen yang bersangka baik mengenai bendasing tersebut. 

 
Kuasa memuatnaik sesuatu di laman sosial adalah hak masing-masing, tetapi perlu diingat bahawa pengguna tidak terlepas daripada tindakan undang-undang sivil mahupun jenayah sekiranya menyebarkan sebarang maklumat tanpa kebenaran dan kesahihannya. Islam juga telah meletakkan batas dalam menyebarkan sesuatu berita. Semoga bermanfaat. - CARI 
 
Sumber : Liza Mokhtar & Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd
1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 12-7-2019 11:26 AM
hahaha..cpt sgt nak membahan
sekali tersalah
malu nyaaa...
Quote felinecat 12-7-2019 11:37 AM
belum lg yg dok bkar2 makanan. hat terbakar je plastik. habis, mayat org bakar tu plastik la
Quote sitilu 12-7-2019 11:41 AM
roti putih camtu mana boleh ada titik2 noda camtu. cek la dulu sebelum packing jual.

kalau aku pun was was gak nak makan.

Quote hatikudus 12-7-2019 11:42 AM
Roti pilihan aku dr dulu kini & selamanya
Quote lipans 12-7-2019 11:43 AM
Quote harkktuih 12-7-2019 11:45 AM
Mohon gardenia saman jer..
Quote Artemesiaa 12-7-2019 11:47 AM
Ada baiknya periksa dan cari tahu dulu sebelum buat hebahan takut akibat kurang pengetahuan sendiri pulak yang malu, nasib malang kena saman pula nanti.
Quote jalfa 12-7-2019 11:47 AM
Tak hagak hagak taik tikus terus...hahaha..yg nama liza ni mesti bimbo bamboyan ke..koseer
Quote saviour_09 12-7-2019 11:49 AM
proceed je la dgn civil lawsuit

celaka la si pemfitnah!
tuih!

sampai bila nak bagi  muka

bahana fitnah ni silap2 muflis company, hidup merempat anak beranak org lain
ko tukang fitnah tau ke?
Quote sitilu 12-7-2019 11:51 AM
aku sebelum beli roti mesti cek keliling plastik takut ada bekas gigit tikus

kalau roti putih ada titik2 hitam camni, aku buang je



Quote domestobot 12-7-2019 11:54 AM
ohoo kalau roti Gardenia nak pulak bagi nama company, yang restoran nasi kandar Kapitan di Penang kena tutup pasal taik tikus dan cicak tu takde lak bagi nama sampai kena speku.
Quote enchantedlurve 12-7-2019 11:57 AM
xsalah pun dia nk rase cuak.. kalau jadik kat tmpt sndrk pun..

tp better la report direct kt gardenia.. xyh nak viral.. siap jump terus taik tikus..

kan dh malu.. mane taw report direct gardenia bagi free roti stock sbln.. :p
Quote CiliPadiSedap 12-7-2019 11:57 AM
gardenia ni milik tan sri bukhari. tengok ahlak gardenia pun tahu macam mana bagus tak layan acik2 bimbo viral. malah menjemput.

akak beli gardenia sedekah kepada ayam belaan akak dua minggu sekali. sales gardenia naik ayam akak pun happy.

cuma masalah ayam akak kuat beromen je. bila bertelur majoriti keluar jantan risau jadi gay pula
Quote paz 12-7-2019 11:57 AM
Sepatutnya akak ni kena direct ke Gardenia or badan untuk penguna. tak perlu viral-viral ni.

Gardenia plak, kilang dia patut cek betul-betul. Sebab manusia ni unik, ada yang boleh respond in good manner. Ada plak jenis yang terus respond without thinking. yang tak reti thinking ni lah paling bahaya. Kendian dia akan minta maaf. Itu aja kejenya.
Quote DollahRepek 12-7-2019 12:13 PM
Aku rasa dia mesti pernah rasa taik tikus. Kalo xpernah rasa mcm mana dia bleh tau bila dah termakan?
Quote aderaderker 12-7-2019 12:14 PM
Batak viral memang patut diajar sikit.

Tapi kena Gardenia boleh terjual pulak roti tak berkualiti cenggitu.
Takde qc?
Quote aya_D'Brutal 12-7-2019 12:19 PM
paz replied at 12-7-2019 11:57 AM
Sepatutnya akak ni kena direct ke Gardenia or badan untuk penguna. tak perlu viral-viral ni.

Gard ...

nasib baik Gardenia tak saman dia sebab secara tak lansung sales mesti jatuh jugak.
errr....ni roti fav i sekeluarga
nak2 pulak roti jagung dia..sedappp
Quote fushimi 12-7-2019 12:38 PM
aya_D'Brutal replied at 12-7-2019 12:19 PM
nasib baik Gardenia tak saman dia sebab secara tak lansung sales mesti jatuh jugak.
errr....ni ro ...

untuk roti putih sekarang i lagi suka masimo

tapi kalau roti yang berinti no one can beat gardenia punya rasa

roti jagung kastard tu sedap yang amat


Quote Foxey 12-7-2019 12:48 PM
CiliPadiSedap replied at 12-7-2019 11:57 AM
gardenia ni milik tan sri bukhari. tengok ahlak gardenia pun tahu macam mana bagus tak layan acik2 b ...

Dasat la ayam kaka ni

Lihat semua komen(112)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.041987 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top