CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 13 Tahun, Bapa Ditahan Minta Sedekah Beli Dadah

11-7-2019 01:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3655| Komen: 5

Ops Tapis Khas dijalankan di sekitar Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown, semalam berjaya menahan 14 individu termasuk dua wanita berusia antara 13 dan 56 tahun kerana positif dadah.


Gambar Hiasan

Harian Metro melaporkan, seorang lelaki berusia 40-an dan anaknya berusia 13 tahun dipercayai sudah tidak bersekolah antara ditahan.

Lebih menyedihkan, mereka ditahan ketika meminta sedekah di kawasan masjid itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang mengesahkan tangkapan itu dan berkata, operasi dijalankan berikutan aduan diterima mengenai lambakan penagih dadah dipercayai meminta sedekah di kawasan berkenaan.

Katanya, salah seorang daripada yang ditahan dipercayai menjadi dalang mengedar dadah. Hasil pemeriksaan dilakukan ke atasnya juga menemui sejumlah heroin dan syabu.

Tambah Che Zaimani, pihaknya akan terus menjalankan operasi dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan tumpuan pelancong itu bebas daripada sebarang aktiviti yang boleh mencemarkan imejnya. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pink_Purple 11-7-2019 01:54 PM
bapa borek anak rintik..

pelik la..dah ko terjebak, knp nak anak juga terlibat..
Quote nono86 11-7-2019 11:17 PM
Kesian. Susah nk ubat, muda lg budak tu
Quote buapakperut 12-7-2019 04:49 AM
teringat citer kawan krlakar kat cimb bayan baru ada orang buta minta sedekah. kawan husband bagi duit sebelum masuk bank. tengah beratoq kat atm dia pandang orang buta tu kat luar, curi2 kira duit yang dia dapat
Quote Foxey 12-7-2019 04:22 PM
Muda lagi dah terjebak dengan najis dadah ni
Quote Artemesiaa 12-7-2019 05:17 PM
Baguslah ada usaha pembersihan macam ni elok buat dikawasan2 lain juga.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.039234 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top