Terpedaya dengan cinta seorang lelaki warga China, seorang suri rumah mengalami kerugian RM5,000. Memetik laporan Kosmo, wanita berusia 51 tahun itu sudah berkahwin dan mempunyai masalah rumah tangga sebelum berkenalan dengan lelaki tersebut di laman sosial.
Manakala, suspek mendakwa dirinya merupakan seorang ahli perniagaan dalam bidang import dan eksport. Suspek kemudian memberitahu mahu memulakan perniagaan di negara ini dan meminta bantuan kewangan daripada mangsa untuk membayar deposit yang dikenakan kerajaan berjumlah RM10,000. "Mangsa kemudian telah melakukan dua transaksi memasukkan wang berjumlah RM5,000 ke akaun milik seorang peguam bernama Rosalia P. Samierto.
"Pihak bank ada menasihatkan wanita itu untuk berhati-hati selepas mendapati berlaku transaksi mencurigakan menerusi akaun terbabit, namun mangsa hanya menyalahkan kerajaan yang mengenakan deposit tinggi terhadap kekasihnya itu," terang Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Keroh, Alice Lee. Tambah Alice lagi, selepas itu seorang lelaki yang mendakwa dirinya peguam dan pemilik akaun tersebut meminta wanita itu membayar wang cukai sebanyak RM108,900. "Selepas tidak lagi mempunyai wang sebanyak itu, katanya, mangsa datang ke pejabat Japerun Ayer Keroh untuk berbincang sebelum membuat laporan di Balai Polis Batu Berendam kelmarin," katanya lagi. Pihak polis turut mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut. - CARI
|
ADVERTISEMENT