Memetik laporan Channel News Asia pada 11 Julai, Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber turut mengesahkan bahawa ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low tidak berada dalam senarai. Pada masa ini, Najib berdepan tuduhan berkaitan kes 1MDB dan SRC International Sdn. Bhd. di mahkamah manakala pihak berkuasa Malaysia masih gagal mengesan serta menangkap Jho Low.
Dalam perkembangan berkaitan, Lauber yang berada di Malaysia untuk bertemu dengan Peguam Negara, Tommy Thomas memberitahu, siasatan oleh pihaknya mendapati dana 1MDB telah digunakan sebagai skim Ponzi. "Tanpa ragu-ragu, wang mengalir keluar dari negara ini. Kita perlu melakukan sesuatu. "Pada pandangan kami, ia adalah skim Ponzi. Pembangunan Malaysia yang menjadi matlamat 1MDB hanyalah satu helah," jelasnya. Beliau turut mendedahkan, dana berjumlah AS$7 bilion (RM28.7 bilion) yang disiasat pihak berkuasa Switzerland dikesan berasal dari 1MDB. Walau bagaimanapun, tujuan dana itu disalurkan dan di mana ia berada masih belum dapat dipastikan. Lauber menjangka siasatan kes yang rumit dan besar yang dimulakan sejak tiga tahun lalu itu akan mengambil masa antara lima hingga tujuh tahun untuk dilengkapkan. "Usahlah berharap oleh kerana saya berada di sini, dana itu akan dipulangkan esok," katanya. Pendedahan terbaharu oleh Peguam Negara Switzerland itu pasti akan menjadikan prosiding perbicaraan Najib bagi kes 1MDB yang dijadualkan bermula pada 19 Ogos 2019 semakin menarik. - CARI |
nono86 replied at 13-7-2019 01:50 PM
Aku baru tau tu tomitomas. Habis yang aku tengok dulu yang dulu muka bulat rambut hitam n panjang si ...
Melorqe replied at 15-7-2019 11:31 AM
tu saka dia
ADVERTISEMENT