Rasanya, topik nilai hantaran untuk pasangan yang bakal bertunang atau berkahwin memang tak akan habis dibincangkan oleh masyarakat terutamanya melayu. Berapa ribu yang patut diletakkan sebagai hantaran, barang apa yang sesuai dibuat hadiah dan macam-macam lagi lah. Seolah-olah tidak pernah selesai, ternyata isu hantaran memang sentiasa menjadi bualan hangat masyarakat.
Lain pula buat gadis ini, yang mengakui amat sukakan hidangan ayam goreng. Jadi, sebagai hantaran tunang, beliau meminta tunangnya untuk memberikan sekotak ayam KFC sebagai salah satu hadiah tanda pertunangan. Siap letak atas dulang tau. Habis satu rumah bau KFC! Gadis tersebut iaitu Masidayu telah memuat naik untaian kisah tersebut di laman twitternya. Sebab suka sangat ayam, sekali dapat ayam KFC sebagai hadiah tunang.
Dah takda idea nak bagi apa Tak sangka tunang buat betul-betul KFC pun KFC lah, bedal je Lapar KFC la pula. Majlis tunang pun tak perlu sambut besar-besar kan? Selalunya memang bagi makanan macam manisan, buah-buahan dan kuih muih sebagai tanda ikatan pertunangan. Tapi boleh tahan juga kalau hadiahkan KFC kan? Sedap pun sedap! - CARI |
missyL replied at 12-7-2019 11:04 PM
Klo wat gubahan ayam lg best. Tp cm poyo je couple nie
salmon-suki replied at 13-7-2019 01:36 AM
Gubahan ayam ala2 bunga convo y feymes bertahun2 dulu?kui3
ADVERTISEMENT