CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tak Perasan Meghan Di Situ, Saya Lebih Teruja Rakam Roger Federer Beraksi'

12-7-2019 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6804| Komen: 35

"Sejujurnya, saya tidak ingin mengambil gambar Meghan, Harry atau mana-mana ahli keluarga diraja. Dan saya pasti akan meminta izin jika mahu melakukannya."


Kredit foto: Javier Garcia/Mirror


Lelaki yang ditegur supaya menghormati privasi Duchess of Sussex ketika menonton kejuaraan tennis di Wimbledon, baru-baru ini tampil menjelaskan perkara sebenar.

Menurut laporan The Sun, Hasan Hasanov, 58, ditegur staf Meghan Markle kerana menyangka lelaki terbabit sedang mengambil gambar isteri Putera Harry itu yang membuat kemunculan mengejut bersama dua rakannya untuk memberi sokongan kepada sahabat baiknya, Serena Williams yang menentang Kaja Juvan.


Kredit foto: Javier Garcia/Mirror

Hasan bagaimanapun didapati tidak mengambil gambar Meghan, sebaliknya dia hanya berswafoto.

"Saya lebih berminat merakam Roger Federer yang sedang beraksi," ujarnya.

Peminat Wimbledon berasal dari Azerbaijan itu beratur seawal jam 5 pagi untuk mendapatkan tempat duduk di gelanggang nombor satu, yang mana tempat duduk terbaik pernah didapatkannya sepanjang 15 tahun menghadiri kejuaraan berkenaan.


Kredit foto: The Sun

Katanya, dia mahu merakam swafoto berlatarbelakangkan perlawanan yang sedang berlangsung untuk membuat isterinya cemburu kerana tidak dapat bersamanya di gelanggang nombor satu itu.

Apabila dia ditegur staf Meghan, lelaki itu menyangkakan pegawai berkenaan melarangnya daripada mengambil gambar pemain.

Dia menyedari tempat duduknya hanya beberapa meter dari tempat duduk duchess itu apabila anak perempuannya mengirimkan gambar muka depan akhbar The Sun mengenai isu larangan bergambar berkenaan beberapa hari kemudian. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 12-7-2019 02:21 PM
Meghan who r yusssss
Quote kikuri 12-7-2019 02:32 PM
jangan nak perasan sangat la menghan..
Quote nabila11 12-7-2019 02:35 PM
Malunya. Perasan sungguh
Quote pumpkingirl 12-7-2019 02:55 PM
Kihkihkih..terperasan pulak megen tu
Quote Boomibulat 12-7-2019 03:15 PM
Betul ke ni pak asan...jgn2 pak asan mmg nk ambk gmbr meghan nk kasi bini cemburu kan
Quote missDollie 12-7-2019 03:23 PM
Akak percaya jah dek kalo ramai orang tak kenal meghan.. Bukan semua orang minat nak tau pasal keluarga diraja ni.. So jangan cepat perasan yachhh..
Quote armin 12-7-2019 03:44 PM
Overnya minah nj
Quote beatgirlX 12-7-2019 03:48 PM
Gambar ni ke?
X nampak pun.. background tu plk mcm blur..haha
Quote Foxey 12-7-2019 04:05 PM
Ha, buat malu je. Tu la pasan sangat.
Quote ninjago 12-7-2019 04:07 PM
malunyaaaaa
Quote awanearisu 12-7-2019 05:22 PM
Malunya duchess. Tak pasal-pasal satu dunia tau.
Quote binipopeye 12-7-2019 05:44 PM
over nya megan ni... aku tau megan pun sbb pelakon drama 'suit' jer tp bkn sbb megan... 2 main hero dlm tu best... lain2 drama filem xde dunia kenal bothered pun sejak kenal harry baru org amik tau...

aku pelik harry ni bole kawin dgn janda... padahal gf dulu lagi meletop.. n bole dpt yg lagi setaraf..
megan is just nobody to somebody... perangai dia sesuatu.. buat kan family sendiri menyampah dgn dia... bukan sbb dengki tp sbb perangai megan ni yg cuma family saje yg tau..

kes perasan ni antaranyer... dia ni sume org dia nk selar... maid istana pun dah start sok sek.. sblm ni kan tinggal berjiran dgn abg dia... maid complaint perangai megan kt maid abg.. tup2 kate middleton dpt tau pecah tembelang perangai sebenar megan.... lepas kes tu megan dah malu.. sebuk ajak harry pindah.. kecoh aritu psal queen xsetuju memula.. dgn alasan nk privacy padahal megan ni buruk perangai... tgk smpi bila harry bole tahan... sbb harry dh biasa dgn ex-gf yg perangai bagus2 sume..  

Quote CikB 12-7-2019 05:50 PM
perasan!!!
Quote Chairman 12-7-2019 09:11 PM
aku pon harus laaa pi amek gmbr roger federer...
Quote susukambingbest 12-7-2019 10:25 PM
Hahaha nasib baik paparazi ada amik pic ni. Jelas kt hnset pak asan tu heol mmg tgh selfie. Nasib baik ada bukti. Prasannyerr la megen ni Klau aku pun xkenal, hu ar yuss
Quote HYSB 12-7-2019 10:30 PM
Memang pdan laa muke
Dah nampak dia memang nak selfie dalam gambar tu
Quote Malaysia.Doom 12-7-2019 11:14 PM
Quote Rahah 12-7-2019 11:20 PM
Sorry... tergelak jap...
Padahal pakcik tu selfie...
Quote salmon-suki 13-7-2019 01:41 AM
Sejak kawin ngn royal ni byk songeh ler megan ni..bosan ler..kerek y hamat..spesis bbnu jugak nih..ptt laa queen tak suka..mmg x elok perangai nya..

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.164578 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top