Nama Naim Daniel semakin melonjak naik sejak keluarnya lahgu hit yang ditulisnya 'Sumpah' serta lakonannya yang mendapat pujian netizen menerusi drama 'Pia'.
Dalam gembira menikmati populariti, nama Naim sedikit terpalit apabila bekas teman wanita yang dikatakan merupakan ilham di sebalik lagu 'Sumpah' telah tampil dan menyelar kenyataan penyanyi itu. Sebelum ini, Naim telah menceritakan dalam satu temu ramah di mana dia berpisah dengan kekasihnya atas keputusan wanita itu sendiri dan dia menghormati keputusannya. Rupanya gadis yang dimaksudkan oleh Naim ialah Dayana yang merupakan pelakon kanak-kanak dalam Elly & Apit serta pernah memenangi pertandingan Idola Kecil 2. Dayana yang telah pun menikah dengan Hadi Mazlan yang memegang watak Apit dalam drama bersiri itu meluahkan rasa tidak puas hatinya menerusi Instagram dan menyelar kenyataan Naim Daniel yang tidak jujur dan benar. Dayana terkilan kerana Naim tetap mengeluarkan lagu itu walhal 'Sumpah' merupakan hasil tulisan dan rekaan mereka berdua, sepatutnya lelaki itu menanyakan pendapatnya dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Menurut Dayana, dia pernah menghubungi Naim mengenai hal lagu ini dan bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi itu yang menyatakan mereka tidak pernah berhubung. Rupanya melodi dan lirik untuk lagu 'Sumpah' telah dicipta oleh mereka berdua sekitar tahun 2013-2014 sebelum mereka berpisah. Dayana menjelaskan bahawa punca sebenar mereka berpisah adalah kerana Naim sudah mempunyai keksih hati yang lain ketika itu dan meminta dia untuk meninggalkannya. Tujuan Dayana menjelaskan hal ini adalah kenyataan Naim yang bercanggah dengan kisah sebenar telah memudaratkannya dan boleh menimbulkan fitnah daripada peminat dan orang ramai. |
rayray28 replied at 13-7-2019 09:38 AM
Ok mmg tertinggal cerita sbb x terdgr plak org kait lagu tu dgn minah ni..kalau x puas hati setel be ...
izat123 replied at 13-7-2019 11:34 AM
Naim Daniel tu yang kait dengan dia dalam interview dengan DJ Nazz. Siap buat cerita sedih kahwin ...
eyansss replied at 13-7-2019 12:14 PM
yup... aku tengok dayana tu bukan bising pasal hak san royalti tapi lebih kepada fitnah kenapa pu ...
LadyCarefree replied at 13-7-2019 02:15 PM
Apalah yng nk dicanang sngt naim yg suruh dayana tinggalkan naim? Dayana dah ada laki kot. Dia nak ...
eyansss replied at 13-7-2019 02:22 PM
dayana betulkan statement naim cakap dayana tinggalkan dia tapi sebenarnya naik yang tinggalkan di ...
MatDeghem replied at 13-7-2019 03:18 PM
kan.... susah mereka nak faham kot.
ADVERTISEMENT