Bahasa bukan setakat alat komunikasi, ia juga lambang adab dan keperibadian seseorang. Apatah lagi, jika individu itu adalah seorang pemimpin yang ada ramai pengikut dan besar pengaruhnya.
Sejak kalah pilihan raya lepas, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerap menggunakan internet untuk berhubungan dengan rakyat. Malah, kempennya "Malu Apa Bossku" turut mendapat perhatian dan sokongan ramai. Tetapi, akaun Twitternya kini mendapat kecaman ramai warganet apabila menggunakan bahasa yang dianggap sebagai bahasa pasar. Semalam, beliau mengkritik Chef Wan kerana cerita chef terkenal itu yang mereka hampir "bertembung" di sebuah restoran Jepun di Kuala Lumpur.
Di Twitternya, beliau menggesa Chef Wan "chill dan senyum" supaya "hidup perlu tenang dan bahagia". Tetapi, tulisannya itu mendapat kecaman warganet kerana menggunakan bahasa pasar. Ramai mempersoalkan adakah admin akaunnya seorang mat rempit? Mereka menyifatkan bahasa seperti itu tidak wajar digunakan seorang bekas perdana menteri Malaysia. Ada juga yang sampai memberikan "kad merah" kepada akaun itu kerana bahasa digunakannya. Malah, ada juga yang menasihati Najib supaya mengawal pergaulan dengan budak muda setaraf dengan kedudukannya sebagai pemimpin negara. Apa kata anda, adakah bahasa itu sesuai digunakan oleh seorang bekas perdana menteri atau warganet sebenarnya "over" beri reaksi? - CARI |
-electrifying- replied at 14-7-2019 11:09 AM
acah2 berjiwa muda
jalfa replied at 14-7-2019 11:23 AM
Yang komen pon bahasa rempit rojak jgak..ada hati nak komplen org..lainlah kalo bahasa nahu tatabaha ...
harkktuih replied at 14-7-2019 11:32 AM
Stakat gini je jibby pondan kepit mampu..
jalfa replied at 14-7-2019 11:23 AM
Yang komen pon bahasa rempit rojak jgak..ada hati nak komplen org..lainlah kalo bahasa nahu tatabaha ...
ADVERTISEMENT