CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Apa Salah Aku? Wan Ji Dakwa Dipukul Semasa Dalam Penjara

15-7-2019 02:38 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3868| Komen: 14|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Hukuman setahun penjara yang dijatuhkan terhadap Wan Ji ditangguhkan setelah Mahkamah Tinggi Shah Alam menerima permohonannya. Kredit foto: Malaysiakini


Sehari selepas dibebaskan dari hukuman penjara pada 12 Julai lalu, penceramah kontroversi, Wan Ji Wan Hussin mendakwa seorang warden memukulnya ketika dia ditahan di Penjara Kajang.

Memetik rakam video yang tular dalam Youtube, Wan Ji yang juga ahli PKR menyatakan bahawa dia tidak tahu apa kesalahannya sehingga menyebabkan dirinya dikasari.

Ketika menceritakan semula kejadian itu dalam satu ceramah di lokasi yang tidak diketahui, dia mendakwa, seorang warden mengarahkannya membuka baju Melayu dan seluar yang dipakainya serta mahu membotakkan kepala dan mencukur janggutnya.

Wan Ji menceritakan semula pengalamannya dikasari semasa di penjara dalam rakaman video ceramah yang tular melalui YouTube. Kredit foto: YouTube


"Ada seorang budak tu cakap Kelantan. Dia tutup muka, pakai baju warden, dia tanya demo namo gapo (nama awak siapa).

"Buka spek (cermin mata). Dah buka tu, bam, bam, tiga kali dia bagi. Apa salah aku? Yang lain gelak-gelak, bukan nak halang pun," jelasnya.

Wan Ji juga telah mengadu tentang insiden itu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya, Nurul Izzah serta peguamnya. 


Dia memberitahu, Anwar telah menghubungi pentadbiran penjara dan mengarahkan supaya warden terbabit dikenal pasti manakala peguam memintanya membuat laporan polis.

Pada mulanya, Wan Ji enggan membuat laporan kerana tidak mahu warden terabit dibuang kerja namun peguam tetap mendesaknya berbuat demikian.

"Ana akan cakap dalam statement dia, ana kata, hamba Allah tu tolong serah diri jumpa dengan saya, minta maaf dengan saya. 

"Kalau minta maaf, saya akan tarik report tu. Tapi kalau tak, saya teruskan report, nanti awak pulak kena buang kerja," katanya.

Wan Ji dijatuhkan hukuman penjara selama setahun mulai 9 Julai atas kesalahan menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tujuh tahun lalu namun hukumannya ditangguhkan selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menerima permohonan penceramah itu. - CARI

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lipans 15-7-2019 02:56 PM
Dulu astora jabat. skrg, wan ji pula.

ade je manusia jenis ni.
Quote ifanonline 15-7-2019 03:01 PM
lapor aje warden tu..pedulik haper dia kena buang keje atau tidak...dia kan dpt keistimewaan bumi
Quote Bersotong 15-7-2019 03:04 PM
muke dia cam kerandut kata maideen
Quote Kurex 15-7-2019 03:26 PM
Gigi dia tu berselerak.. Hauk
Quote QueenIsolde 15-7-2019 03:27 PM
So xleh pakai prinsip org muka hensem prgai huduh...dia ni complete package
Quote hussaini4675 15-7-2019 03:31 PM
QueenIsolde: So xleh pakai prinsip org muka hensem prgai huduh...dia ni complete package


Ha ha ha
Quote EmaAsmadi 15-7-2019 04:38 PM
Wan ji la ke
Quote sitilu 15-7-2019 04:55 PM
bedal lagi, biar dia tahu bumi tu 7 lapis, langit tak terima dia



Quote LadyCarefree 15-7-2019 06:00 PM
Ana dah ko betina dua alam ke?
Quote Mfzg89 16-7-2019 09:44 AM
malas ambik port...
Quote Bedah.Cun 16-7-2019 12:37 PM
lipans replied at 14-7-2019 06:56 PM
Dulu astora jabat. skrg, wan ji pula.

ade je manusia jenis ni.

Astoral tue kes haper, yang? Ai terlepas train huhu
Quote lipans 16-7-2019 02:22 PM
Bedah.Cun replied at 16-7-2019 12:37 PM
Astoral tue kes haper, yang? Ai terlepas train huhu

astora jabat tu tunggang agama juga. backing kow kow bn dulu.

Quote Ina8895 18-7-2019 02:11 PM
Wanjin, warden tu dah mintak maap ke?
Quote palmolive 18-7-2019 05:45 PM
Bedah.Cun replied at 16-7-2019 12:37 PM
Astoral tue kes haper, yang? Ai terlepas train huhu

astora percaya siksa kubur hanya mitos

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.164251 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top