Sebelum ini, punyalah sedih status-status yang dimuat naik Aliff Aziz selepas bercerai dengan bekas isterinya, Bella Astillah. Ramai juga yang mendoakan agar kedua-duanya berbaik dan rujuk semula demi anak.
Walaupun ramai yang memaki, dalam masa sama mereka kasihan dengan Aliff yang kelihatan macam orang kehilangan arah selepas berpisah. Tapi rupa-rupanya, 'drama' masih bersambung apabila penyanyi itu memuat naik gambar dengan seorang wanita pada Ahad lepas. Bukan main rapat lagi bergambar, enjoy keluar bersama-sama nampaknya. Aliff yang dating, Bella Astillah pula yang ditanya adakah dia kisah atau tidak dengan perkara tersebut. Jawab Bella, "Ramai gila yang DM Bella, cakap dan provoke dengan gambar Aliff tapi Bella tak kisah pun sebab dah tak ada kena mengena," jelasnya melalui Insta Story. |
ADVERTISEMENT