CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Apa Sudah Jadi? Orang Islam Jakarta Selamba Jual Dan Makan Daging Khinzir!

16-7-2019 11:12 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 28115| Komen: 223|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Pelanggan-pelanggan beragama Islam memakan daging babi di restoran Panggangin tanpa rasa bersalah. Kredit foto: Coconuts TV


Sebahagian umat Islam di Jakarta, Indonesia diketahui mengamalkan fahaman liberalisme yang menyebabkan mereka berpandangan bahawa hukum agama seperti larangan memakan daging babi tidak perlu dipatuhi.

Situasi itu agak memeranjatkan kerana Indonesia merupakan sebuah negara yang mempunyai jumlah umat Islam terbesar di dunia serta menghasilkan ramai ulama terkemuka.

Memetik laporan Coconuts TV, trend memakan daging babi dalam kalangan umat Islam telah menyebabkan semakin banyak restoran yang menyediakan menu berasaskan haiwan tersebut muncul seperti cendawan tumbuh seperti hujan di sekitar Jakarta.

Nampak menyelerakan tetapi semuanya menggunakan daging babi yang diharamkan kepada umat Islam. Kredit foto: Coconuts TV


Semua makanan yang dihidangkan di Panggangin menggunakan daging babi (gambar kecil). Kredit foto: Coconuts TV & Carian Google

Salah satu daripadanya adalah restoran bernama Panggangin dan lebih mengejutkan, salah seorang pemiliknya yang hanya mahu dikenali sebagai Derra beragama Islam.

Menurut lelaki itu, dia dan rakan kongsinya, Sulung menggemari daging babi dan apa sahaja makanan yang mengandunginya.

Kredit foto: Coconuts TV

"Kami tidak memaksa orang Islam untuk memakan makanan kami sebab itu kami meletakkan tanda 'haram'.

"Sekiranya anda beragama Islam dan mahu memakan daging babi, saya tidak kisah. Jika anda rasa tidak selesa, jangan memakannya," kata Derra.


Pelanggan-pelanggan yang beragama Islam pula bebas mengunjungi Panggangin dan memesan makanan yang mengandungi daging babi yang disalai atau dimasak mengikut resipi-resipi lain tanpa rasa bersalah walau sedikit pun kerana melanggar hukum agama.

Kredit foto: Coconuts TV

Seorang pelanggan, Aryo memberitahu, pengharaman daging babi dalam Islam menyebabkan dia semakin tertarik untuk mencuba masakan yang dihidangkan di Panggangin.

"Salah itu mungkin persepsi kerana norma, seperti tekanan rakan sebaya. Saya tidak melihatnya sebagai satu kesalahan kerana aku buat apa yang aku suka," jelasnya.

Kredit foto: Coconuts TV

Sementara itu, pensyarah Pengajian Islam, Muhammad Baqir berpandangan, individualisme tidak sepatutnya wujud dalam kerangka keagamaan yang berteraskan kepercayaan kepada tuhan atau teosentrisme.

"Sekiranya anda mahu berada dalam kerangka itu, anda perlu menjadikan tuhan sebagai elemen pusat. 

"Namun, jika anda mahu melakukan perkara yang berkaitan dengan keperluan dan kemahuan individual anda, anda tidak perlu berada dalam kerangka itu.

"Cari kerangka yang membenarkan anda memakan daging babi," tegasnya.

Ada hikmah di sebalik hukum Islam yang mengharamkan umatnya memakan daging babi dan yang paling penting, konsep halal lagi suci dari segi makanan dan minuman merupakan satu kewajiban yang mesti dipatuhi oleh setiap individu yang mengaku dirinya Islam. - CARI
1

Bagus
6

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • xxtaufanxx

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 16-7-2019 11:16 AM
wow wow

ala indon aku tak heran pun
Quote namirulmukminin 16-7-2019 11:23 AM
Sebab tu Indon selalu kena timpa bencana...
Quote Bersotong 16-7-2019 11:24 AM
boleh la macai2 kapir nginzal kt sini
Quote mesmerize 16-7-2019 11:29 AM
penah pegi bali kat hotel tu sediakan buffet breakfast ada bacon & sausage yang diragui sumbernya, tapi ai syak babi... acik2 indon bertudung selamba ambik n lahap tanpa tanda was2.. tak paham akak..
Quote kucingitam 16-7-2019 11:29 AM
indon...ape nak heran..kawin campur pun selamba je..
Quote Zalimohd 16-7-2019 11:33 AM
Kat sana yg bersongkok masuk gereja.. Tp bukan islam..jgn nk burukkan islam.. Muka melayu tp bukan islam.. Org islam indon bukan bodoh..berita ni suka suki nk burukkan islam..
Quote dekmieDandy 16-7-2019 11:34 AM
ooo indon ke... haritu gi DiesneySea nampak jugak orang sana yang berhijab pon dok makan turkey leg kat sana terang-terang lagi tu

walhal disney sea sekarang bolehjer nak bawak masuk makanan luar
Quote ifanonline 16-7-2019 11:41 AM
sebab tu negara depa selalu kena musibah alam semulajadi...
Quote Kurex 16-7-2019 11:44 AM
Dekat sini pun ada yg kata arak tu halal lagi suci..
Quote shamsadis 16-7-2019 11:47 AM
bila last gempa bumi?
Quote matamata 16-7-2019 11:48 AM
Larangan/ pengharaman jamah daging babi dlm Islam is clear, selagi tak jatuh hukum harus (darurat), takda kena mengena dgn budaya, norma atau pengaruh sekeliling...
Quote GalileO 16-7-2019 11:53 AM
Syukur disini melayu adalah islam...takdalah carcamerba..tu yg kapir sini gigih nak ubah
Quote kenarikelabu 16-7-2019 11:55 AM
Indon oh indon...
Quote Boomibulat 16-7-2019 11:57 AM
fushimi replied at 16-7-2019 11:16 AM
wow wow

ala indon aku tak heran pun

Mungkin jgk mereka ni peminat kpop
Quote Rob07 16-7-2019 11:57 AM
matamata replied at 16-7-2019 11:48 AM
Larangan/ pengharaman jamah daging babi dlm Islam is clear, selagi tak jatuh hukum harus (darurat),  ...

Yup! betul tuh.. ayam, lembu, itik, kerbau, kambing, banyak lagi binatang  lain yg boleh di makan  kenapa babi jugak yg di pilih nya.
Quote zorrro_03 16-7-2019 12:05 PM
ini lah bentuk libralisasi agama yang cuba dan sedang dibawa ke negara Malaysia.  puak2 laknat liberal terlalu gigih mencuba nasib.  mereka anggap Muslim Malaysia spt di tempat2 lain.  dan mereka silap.  
Quote SWORKS27 16-7-2019 12:08 PM
indon...apa nak heran dong....
sama jgak mcm machai liberal dlm Cari ni...
Quote sukacactus 16-7-2019 12:13 PM
Kat sana segalanya mungkin, bercampur2
Quote Atata 16-7-2019 12:25 PM
What? Camana org liberal boleh jd lecturer islamic studies plak kat sana

Lihat semua komen(223)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.114523 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top