Pelakon dan penerbit Datuk A Aida mengalami kerugian hampir RM 70,000 setelah kereta Ford Mustangnya terbabas ketika dalam perjalanan ke ke kampung di Jertih kerana kematian kakak sulung Jumaat lalu.
Akibat daripada kemalangan yang berlaku, Aida tidak sempat pulang ke kampungnya untuk melihat jenazah arwah kakaknya buat kali terakhir. Memetik laporan Sinar Harian, dia masih lagi trauma dengan kejadian itu kerana itu kali pertama dia mengalami kemalangan sejak mula memandu kereta. "Sehingga kini saya masih trauma dengan kemalangan yang berlaku kerana itu merupakan insiden pertama dalam hidup saya sejak mula memandu ketika berusia 20 tahun. "Ketika kejadian saya cuma memandu dalam kelajuan 50 kilometer sahaja dan tidak tahu bagaimana kenderaan saya boleh hilang kawalan hingga terlanggar pembahagi jalan kiri dan kanan.
Kos membaik pulih kenderaan pula mencecah RM70 ribu. "Kos untuk membaiki kenderaan tersebut mencecah hampir RM70,000 kerana yang mahal untuk dibaiki semula adalah beg udara kereta. "Namun, itu semua anggaran yang diberikan pada saya kerana saya masih belum mendapat harga sebenar tentang jumlah kerosakan yang dialami," katanya. Aida terbabas di Kilometer 390, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Ajil, Terengganu, ketika dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Jertih kerana kematian kakak sulung Jumaat lalu. - CARI
|
mieymiey replied at 18-7-2019 09:37 AM
Sempat lagi sheols pose cenggitu.
Apa pun, takziah atas pemergian kakak dan takziah atas kemalangan ...
kucingitam replied at 18-7-2019 09:36 AM
kenapa gambar dia kat kereta tak nampak dia macam trauma? rugi beli mustang tapi bawa 50km/j je..
sweetgirl replied at 18-7-2019 09:48 AM
hahahaha i baru nak ckp... motif sheollsss pose camgitu... cam x sedih pun rhupa dia
boojaat replied at 18-7-2019 09:54 AM
150km/j kot.. hahahahha.. tipu la kalau dia bawa 50km/j d highway
ADVERTISEMENT