"Pukul lelaki tu sebab pinjam duit along, tapi anak sendiri yang duk serumah tu, tak kena pukul lak." Sebuah video yang memaparkan sebuah keluarga menyerbu rumah teman lelaki anaknya menjadi bahan bualan warganet. Ini kerana gelagat ibu memukul lelaki tersebut dengan beg tangan berulang kali serta memarahinya kerana memerangkap anak perempuannya untuk meminjam duit daripada ceti haram. Dari situ terbongkar rahsia yang rupa-rupanya anaknya sendiri sudah lama bersekedudukan dengan lelaki yang kelihatan mengalami kecederaan di tangan dan kakinya. Yang menjadi persoalan warganet ialah mengapa ibu wanita tersebut hanya memarahi lelaki tersebut mengenai isu duit sedangkan anaknya sendiri tidak dimarahi pula. Sudahla begitu, mereka tinggal bersama tanpa ikatan juga turut dipersoalkan.
Video yang diperolehi dari siasatan Unit Banteras Ceti Haram Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berdasarkan aduan wanita tersebut merungkai segala-galanya. Anak wanita tersebut meminjam duit dari ceti haram semata-mata untuk menolong teman lelakinya membuka bisnes. Dalam masa sama, dia juga meminjam duit daripada ibunya hingga membuatkan ibunya berasa hairan. Oleh itu PPIM memberikan khidmat nasihat serta bertindak mengeluarkan mangsa dari rumah itu supaya tidak lagi diganggu oleh ceti haram itu. Sebaliknya berlaku, warganet bukan sahaja tidak bersimpati dengan isu tersebut tetapi menyalahkan anak wanita tersebut, teman lelaki serta si ibu kerana mempercayai bulat-bulat apa yang diceritakan oleh anaknya. Bagaimana pula dengan cerita anaknya yang bersekedudukan sekian lama? Tidak pula dimarahinya? Ramai juga yang menyalahkan anak wanita tersebut kerana berlakon menjadi mangsa sedangkan dia sendiri juga mencetuskan masalah ini. duduk serumah sebelum ni tak takut pulak.hit your daughter too makcik handbag." Pening juga apabila berlaku masalah ini. Tetapi mungkin boleh bersangka baik iaitu anaknya sudah dimarahi di rumah terlebih dahulu sebelum mereka berjumpa teman lelakinya. Apa pun, isu ceti haram dan bersekedudukan, kedua-duanya adalah kesalahan yang harus dipikul bukannya menunding jari ke arah orang lain. - CARI
|
prettyuglybabe replied at 18-7-2019 04:11 PM
anak makcik ni mesti baik hormat mak bapak jiran tetangga solat tak tinggal
Boomibulat replied at 18-7-2019 04:22 PM
...dan rajin jgk tlg susun selipar di semejid dikala bulan remdan.
kucingitam replied at 18-7-2019 04:44 PM
hebat mata korang ni...blh nampak kucing, tunnel pe sumer..aku x perasan pon
ADVERTISEMENT