Sepanjang Ramadan lalu, pelakon Fasha Sanda dilihat memakai tudung, sampaikan ada peminat berfikir yang dia sudah pun bertudung.
Tetapi, selepas habis Ramadan dia kembali tidak bertudung sehingga diperli peminat. Pelakon itu bagaimanapun menjelaskan yang dia "masih belajar" bertudung dan mengharapkan peminatnya mendoakan perubahannya. Menurut laporan mStar, Fasha berkata yang dia bersyukur peminat sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya dan dia masih belajar untuk terus kekal bertudung.
"Buat masa ini saya sedang belajar. Saya harap peminat boleh doakan yang terbaik agar dipermudahkan segalanya. Saya belum sempurna tetapi saya sedang mencuba. Jelasnya lagi, dia tidak boleh berjanji sebab iman manusia rapuh. "Perkara begini tak boleh berjanji. Nanti orang salah erti. Maklumlah iman manusia kadang-kadang rapuh," katanya. Menurutnya, suaminya, Aidil Aziz juga tidak pernah memaksanya berubah secara drastik. "Aidil tak pernah menyuruh atau meminta saya bertudung sebab dia tahu mana yang terbaik untuk saya. Dia bagi ruang dan tidak mendesak." Tak kisahlah Fasha, orang lawa bertudung atau tidak tetap cantik. Marilah doakan semuanya baik-baik untuk pelakon yang terkenal dengan displin kerja tinggi ini. - CARI
|
mieymiey replied at 18-7-2019 09:38 AM
Retis semua ni kan baik takyah la keluarkan statement sangat kalau berkaitan dengan tudung, hukum ha ...
Boomibulat replied at 18-7-2019 10:02 AM
Yg penting dia x tggl solat subuh okayyh..korang hado?
mieymiey replied at 18-7-2019 09:38 AM
Retis semua ni kan baik takyah la keluarkan statement sangat kalau berkaitan dengan tudung, hukum ha ...
namieamuro replied at 18-7-2019 12:18 PM
setuju uols..ptt jwb no komen je..nanti bile tibe tak jd pakai ke, sendiri jugak stress nk menjwb ...
ADVERTISEMENT