Dalam beberapa tahun yang lepas, sudah banyak kali kita menyaksikan penyanyi baru atau individu yang mempunya suara mirip dengan penyanyi terkenal di Malaysia.
Jika anda masih ingat, pernah tular suatu ketika dulu apabila individu yang bernama Fairuz mempunyai rupa dan suara mirip seniman Malaysia, Tan Sri P.Ramlee. Beberapa hari lepas, tular di laman sosial apabila ada seorang lelaki yang mempunyai suara mirip Dato' Siti Nurhaliza. Video yang berdurasi selama 23 saat itu menunjukkan lelaki itu menyanyi lagu Comel Pipi Merah nyanyian Dato' Siti Nurhaliza. Lebih mengejutkan, video itu seolah-olah seperti lip sync kerana suaranya sama amat dengan Dato' Siti! "Aafiyah anak ibu" Jarang sekali kita jumpa lelaki yang mempunyai suara seperti wanita, lebih istimewa apabila sama seperti Dato' Siti. Cuba bayangkan jika dia dodoikan korang sebelum tidur, boleh sampai tengah hari tidur gamakya! - CARI |
RatuDunia94 replied at 19-7-2019 10:45 PM
Bosann lahh.. xdenla sama pon.. lebih mirip kpd suara syura, elly mazlein, intan sarafina jah..
MsPercy replied at 20-7-2019 07:16 PM
perasan tak, org yg suara sama dgn mak iti kebanyakkan lelaki kan.
ADVERTISEMENT