Al Quran merupakan kitab suci umat Islam. Kitab ini penuh mukjizat dan dengan membaca Al Quran akan beroleh pahala yang besar ganjarannya. Hukum bersumpah menggunakan Al Quran adalah dibolehkan dan hukumnya harus tapi ada tatacara dan syaratnya. Tular video seorang remaja perempuan didapati bersumpah dengan memijak kitab suci Al Quran demi membuktikan beliau tidak melakukan hubungan seks dengan teman lelaki rakannya. Remaja perempuan itu telah dipaksa dan diugut oleh rakannya berbuat demikian kerana khuatir diapa-apakan oleh rakannya itu.
Video berdurasi 3 minit 13 saat itu yang telah tular itu mendapat pelbagai reaksi netizen. Laporan polis telah dibuat oleh kakak suspek sebaik sahaja melihat video tular tersebut. Hasil siasatan awal pihak polis mendapati perkara itu berlaku di tepi bahu jalan pada 13 Julai 2019 berdekatan dengan jambatan Kusial Lama, Tanah Merah, Kelantan. Suspek menafikan sekerasnya bahawa beliau telah melakukan hubungan seks dengan teman lelaki rakannya itu. Terkini, keempat-empat remaja tersebut telah ditahan polis. Suspek yang memijak Al Quran berumur 17 tahun dan tidak bersekolah; berhenti sekolah semasa di tingkatan 4 , manakala tiga lagi remaja lain berumur 18 tahun. Siasatan masih diteruskan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan. Semoga kesemua mereka bertaubat dan tidak mengulangi lagi perbuatan ini pada masa depan. - CARI Sumber - Siaran Kelantan Info Semasa
|
fushimi replied at 19-7-2019 03:15 PM
yang penting semuanya hodoh
kebodohan korang setaraf ngan kehodohan korang
Bersotong replied at 19-7-2019 03:13 PM
kapir2 msti nginzal kt thread ni
natrahn replied at 19-7-2019 07:24 AM
saya fan komen-komen awak. Jujur
Bersotong replied at 19-7-2019 03:30 PM
kipas lg..mmbara komen2 aku ni
rayriff replied at 19-7-2019 03:35 PM
ko dah kenapa dik. kalau sebab lelaki, dari ko pijak quran baik ko pijak laki tu dik.
ADVERTISEMENT