Neelofa merupakan antara anak seni yang menjadi kebanggaan Malaysia. Tak pernah berhenti berusaha, nama dia kini juga sering bertebaran di pentas dunia bagi menghadiri majlis fesyen dan sebagainya.
Pun begitu, biasalah, anak seni di Malaysia memang susah terlepas daripada kontroversi dan gosip. Walaupun selalu dijadikan bahan oleh netizen ketika membawang, Neelofa tidak melatah dan terus bersinar dalam industri seni di Malaysia. Terbaru, kehadiran Neelofa di rancangan Naura Share telah menjadi buah mulut netizen apabila dia telah berkongsi doa yang sering diamalkannya menjadi tular di media sosial. Doa meminta murah rezeki itu menjadi tular sehingga ramai yang ingin mengamalkannya seperti Neelofa. Antara tips lain yang dikongsikan Neelofa dalam rancangan itu banyak memberi inspirasi kepada netizen lain. Kebanyakan netizen memuji Neelofa yang tidak pernah sombong dan juga sentiasa mengutamakan ibunya dalam apa-apa hal untuk mendapatkan keberkatan. Neelofa yang mendapat tahu bahawa doa yang diamalkan menjadi ikutan orang ramai berasa terharu dan berharap agar ia dapat menjadi manfaat kepada mereka. "Sejujurnya, saya tidak sangka apa yang saya kongsikan tempoh hari menjadi viral di laman sosial," jelasnya. "Apa pun, saya berharap agar perkongsian doa tersebut dapat digunakan oleh orang ramai pada hari yang mendatang," katanya, menurut Kosmo! Online. Harap Neelofa mendapat Haji yang mabrur semasa dia berada di Mekah nanti -CARI
|
LadyCarefree replied at 22-7-2019 11:09 AM
Doa tu personal la doa je la apa nak diewcr dngan tuhan. Lopak tu dari awal bnyk advantage pun. Mone ...
MatDeghem replied at 22-7-2019 11:38 AM
Doa itu ada lah komunikasi antara kamu dgn Tuhan.
Bicara kamu dgn Tuhan.
Buat lah script sendir ...
lolipopbiru replied at 22-7-2019 11:40 AM
habis tu ustaz ustazah share doa doa yg diorg baca tu mcm mana pula?riak juga ke?
LadyCarefree replied at 22-7-2019 11:09 AM
Doa tu personal la doa je la apa nak dicakap dngan tuhan. Lopak tu dari awal bnyk advantage pun. Mon ...
akubest replied at 22-7-2019 12:07 PM
akak tak paham netizen mesia ni semakin lama semakin lembam ko dah kenapa?
DOA pon ko nak trending? ...
ADVERTISEMENT