Kisah cinta romantis bukan sahaja dialami orang muda, ternyata disenja usia, kasih sayang dan cinta takkan pernah pudar. Beberapa hari lalu viral, mengenai pasangan jemaah haji berasal dari Indonesia yang tidak mahu berpisah saat tiba di Madinah pada Rabu, 17 Julai 2019. Pasangan jemaah haji ini dinyatakan tidak mahu berpisah sejak berangkat dari Makassar. Memetik dari TRIBUNSTYLE,
Mahmud Sopamena berusia 87 tahun, cuba menepis tangan pegawai Haji yang ingin menolak kerusi roda isterinya Kalsum Litiloli (75) saat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Amir Muhammad bin Abdul Aziz (AMMA), Madinah. Malah jemaah haji Mahmud turut memarahi petugas haji kerana cemburu melihat ada orang lain yang cuba membantu isterinya yang biasa disapa dengan panggilan Mak Cum itu. Padahal kedua-dua mereka memerlukan bantuan daripada pegawai haji kerana kerana kedua-duanya menggunakan kerusi roda. Menurut Ketua Kloter Jusman Rivay, "Sampai di Madinah kami harus turunkan mereka berdua bersama-sama menggunakan kursi roda, keduanya tidak mau dipisahkan. Saat Mak Cum sudah jauh, Pak Mahmud marah-marah terpaksa Mak Cum kita panggil balik lagi," "Akhirnya kita bawa tapi mereka tak bisa dipisahkan. Dari mulai di ambulans sampai ke pesawat Mak Cum enggak bisa bergerak. Karena kalau sampai Mak Cum bergerak Pak Mahmud bisa marah-marah lagi,"kata Ketua Kloter Jusman Rivay. Jemaah Haji Indonesia,Mahmud , tidak mahu melepaskan tangan isterinya dan bertegas ingin memegang tangan isterinya walaupun berada di dalam dua kerusi roda yang berbeza. Perkara yang sama berlaku lagi ketika berada di pesawat ketika Mak Cum terpaksa pergi ke toilet dua kali. Mahmud terpaksa ditangani oleh pegawai kerana risau akan dipisahkan dengan isterinya sehinggalah sampai di tanah suci, dia masih tidak mahu melepaskan tangan isterinya. Wah! Nampaknya jemaah Haji Mahmud dan ister betul-betul tidak boleh berenggang. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka di sana. - CARI
|
ffbeauties replied at 24-7-2019 12:15 PM
Apa yg romantik nya??
Menyusahkan orang adalah.
Seeloknya yang pergi haji tu betul2 mampu.
ADVERTISEMENT