Kebelakangan ini, banyak sungguh isu tular melibatkan orang Kelantan. Daripada isu gadis pijak Al-Quran sampailah isteri suka 'menambah perasa' sampai suami serang cikgu.
Tidak dinafikan, orang Kelantan adalah antara orang yang sering dipandang serong. Dikatakan berpuak, pengotor, miskin dan pelbagai lagi tuduhan. Sampai kadang-kadang kita terpula yang sebenarnya mendiskriminasi mereka tanpa mengenali dahulu hati budi mereka. Maka, seorang pengguna Twitter semalam memulakan tanda pagar, #KelantanKindness untuk mencari kisah dan cerita baik-baik mengenai orang Pantai Timur ini. Tanda pagar itu kini trending di Twitter! Antara yang paling banyak diperkatakan orang luar mengenai Kelantan adalah makanan mereka sedap! Malah, pandai melayan tetamu yang berkunjung. Selain itu, orang Kelantan juga dikatakan tidak lokek hendak menolong kalau berkawan. Dikatakan juga integriti pemimpinnya tinggi. Bagaimanapun, perkara ini macam boleh dipersoalkan je.... Ada juga yang berpandangan mereka yang buruk sangka dengan orang Kelantan ni tak pernah duduk di negeri itu. Dan bagi sesiapa yang tidak berkenan dengan orang Kelantan, hati-hati banyak dah kes terpaut hati sampai terkahwin dengan orang Kelantan! Jadi, apa kata anda? Ada pengalaman baik (atau buruk) dengan orang Kelantan? Sek kito jange pecoh! - CARI
|
awanysss replied at 24-7-2019 11:21 AM
ade je yg baik. tp yg kureng baik tu lg ramai
tp org2 kelate ni kebanyakkan helok2 kejadiannye ...
prettyuglybabe replied at 24-7-2019 01:20 PM
yang baik tu selalu tak ngaku dorang kel..
dorang kata dorang orang ganu
ADVERTISEMENT