Walaupun luarannya nampak kuat, tetapi tiada siapa yang menyangka pengacara, pelakon dan usahawan popular Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor kerap kali menitiskan air mata apabila berdoa mengenai jodoh.
Menerusi laporan Media Hiburan, Neelofa mengakui yang dia kerap berdoa dan mengharapkan bakal suaminya nanti merupakan seorang yang bukan sahaja mampu memberikan kebahagiaan kepada dirinya tetapi juga kepada orang yang berada disekelilingnya. "Saya suka tulis doa. Saya cakap, nak bersama seseorang yang bukan saja boleh gembira dan bahagiakan saya, tapi juga orang sekeliling," ujar Neelofa seperti yang dipetik daripada Media Hiburan.
Tambah Neelofa lagi dia sedar ramai yang memandangnya sebagai ikon dan pasti sahaja pasangannya nanti akan mendapat perhatian ramai dan memberi impak yang besar. Wanita cantik itu juga turut mengakui kerap menangis dan sedih setiap kali dia memohon doa mengenai bakal imamnya itu. "Memang saya akan sedih dan menangis setiap kali berdoa mengenai jodoh," ujarnya lagi. Dalam pada itu, ramai yang mengharapkan Neelofa dipertemukan dengan jodoh yang baik dan ada juga yang menganggap yang pemilik Naelofar Hijab ini mungkin terlalu memilih. Apa pun kami berharap yang Neelofa akan bertemu dengan lelaki idamannya yang boleh membahagiakannya kelak. Memilih? Memang sewajarnya bagi seorang wanita itu untuk memilih bakal suaminya kerana perkahwinan bukan dibina untuk hidup bersama sekadar sebulan dua tetapi seumur hidup. Betul tak? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|