Awang Besul, harimau Malaya yang ditangkap ketika berkeliaran di sekitar Kampung Besul Lama, Bukit Besi, Dungun, Terengganu pada 19 Julai lalu disahkan mati empat hari kemudian. Memetik kenyataan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) dalam laman Facebook, kematian dikenal pasti berpunca daripada virus 'canine distemper'. Penyakit itu disebabkan oleh virus yang mudah menyerang haiwan domestik iaitu anjing dan hidupan liar lain termasuk harimau. "Jika penyakit ini terkena pada harimau, ia akan menunjukkan tingkah laku tidak takut kepada manusia dan kebarangkalian harimau untuk sembuh adalah sangat tipis. "Pihak jabatan tidak menolak kemungkinan 'canine distemper' yang dihidapi Awang Besul disebarkan oleh haiwan liar di sekitar Kampung Besul Lama," jelas Perhilitan.
Perhilitan juga masih memantau kawasan sekitar kampung tersebut dan memasang perangkap harimau bagi memastikan penduduk dalam keadaan selamat. Selepas ditangkap, pemeriksaan di lapangan mendapati Awang Besul cedera pada bahagian kaki, mengalami keradangan mata dan berada dalam keadaan dehidrasi. Haiwan itu seterusnya dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar di Sungkai, Perak pada hari yang sama bagi mendapatkan rawatan daripada doktor veterinar Perhilitan dan dikuarantin. Pemantauan rapi di pusat itu mulai 20 hingga 23 Julai mendapati ada tanda-tanda klinikal neurologi iaitu tidak agresif, berpusing satu arah apabila berjalan, sawan dan tanda klinikal jangkitan saluran pernafasan iaitu nasal discaj. Patutlah harimau yang dirakam dalam video yang tular melalui media sosial baru-baru ini tidak kelihatan garang kerana rupa-rupanya ia ada masalah kesihatan. - CARI
|
be-keng replied at 25-7-2019 12:48 PM
tranung = awang
swak = bujang
Sham143 replied at 25-7-2019 06:15 PM
"Awang Besul" Buruknya nama..
ADVERTISEMENT