Menurut Berita Harian, seorang tukang besi berusia 26 tahun telah didakwa atas tuduhan menumbuk isterinya ketika mereka berada dalam sebuah kereta pada 1 Julai lalu.
Pun begitu, Putra Aliff Aqhmal Pervira, telah pun bercerai dengan isterinya, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan. Lelaki itu memberi alasan bahawa dia bertindak sedemikian kerana berang dengan bekas isteri yang tidak membenarkan dia membawa bayi mereka berusia lapan bulan pulang ke kampungnya. Para netizen yang membaca berita ini mengharapkan lelaki ini dikenakan tindakan yang sepatutnya jika benar dia bersalah.
Pun begitu, ada sesetengah netizen yang lebih memberi perhatian kepada wajah lelaki itu yang kelihatan tampan. Siap ada yang suruh berhati-hati dalam penjara nanti. |
hotmak replied at 24-7-2019 11:33 AM
sapalah nak bagi baby umur 8 bulan bawak balik kg, dgn bapak baran semacam tu, buatnya anak tu menan ...
seri_mawr replied at 24-7-2019 11:44 AM
betul la cantik...hensem tu subjektif...
aku x nampk dimana hensem nya lelaki tu...
Boomibulat replied at 24-7-2019 11:51 AM
Drama pkl 7 sgt nama ko...
awanysss replied at 24-7-2019 12:03 PM
iols terkejut ade org nama camtu.. 3 kali iols ulang baca nama dia.. almaklumlah selalu dlm novel ...
ADVERTISEMENT