Setelah sekian lama rakyat Malaysia mengikuti prosiding perbicaraaan Inkues kematian anggota bomba dan penyelamat (JPBM), Allahyarham Muhammad Adib, akhirnya telah ditutup secara rasmi. Harian Metro melaporkan Rofiah Mohamad selaku koroner inkues tersebut telah menutup prosiding tersebut setelah berpuas hati keterangan saksi-saksi sepanjang perbicaraan. "Setelah mengamati dan meneliti keterangan saksi yang ditampilkan, mahkamah berpuas hati dan dengan ini mahkamah tidak akan memanggil lagi mana-mana saksi untuk memberi keterangan. Oleh itu, prosiding perbicaraan inkues ini ditutup." Perbicaraan yang telah bermula sejak 11 Februari lalu telah mengumpul sebanyak 30 saksi, 137 eksibit selama 41 hari perbicaraan. Pada 24 Ogos depan, mahkamah telah meminta pihak pihak yang berkepentingan untuk hadir memfailkan hujah bertulis kepada mahkamah.
Dijangka peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Adib akan hadir untuk merekodkan hujahan bertulis tersebut. Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, dilaporkan meninggal dunia pada 17 Disember tahun lalu setelah 21 hari bertarung nyawa di Institut Jantung Negara akibat cedera parah. Adib yang ketika itu sedang berkhidmat sebagai anggota JPBM cedera parah dipercayai dipukul perusuh ketika rusuhan di Kuil Sri Mariaman , USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu. - CARI |
chinta89 replied at 24-7-2019 03:17 PM
jadi kesudahannya?
ADVERTISEMENT