CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga, Doktor Terkejut Sambut Bayi Berkepala Tiga Di India

24-7-2019 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5445| Komen: 28

Doktor di India terkejut apabila menyambut kelahiran bayi berkepala tiga pada Khamis lepas.

The Sun melaporkan, ibu bayi itu dikejarkan ke sebuah pusat kesihatan di Uttar Pradesh selepas mengalami sakit teruk hendak bersalin.



Foto: The Sun

Bagaimanapun, sebaik dilahirkan keluarga dan doktor terkejut melihat keadaan luar biasa bayi perempuan berkenaan.

Difahamkan, terdapat dua benjolan besar di belakang tempurung kepalanya iaitu sejenis kecacatan kelahiran yang jarang berlaku dikenali sebagai ‘encephaloceles’.

Doktor bagaimanapun menjelaskan wanita terbabit tidak mengalami sebarang komplikasi sepanjang kehamilannya.

Dia kemudian dirujuk ke Hospital Daerah di Etah berikutan pusat kesihatan berkenaan kekurangan kemudahan perubatan canggih.

Menurut doktor, mereka akan menjalankan imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) bagi mengenal pasti penyakit yang menyebabkan kecacatan itu berlaku.



Foto: The Sun

Bayi itu dikatakan dilahirkan dalam keadaan tubuhnya tidak berkembang sepenuhnya.

Walaupun jarang berlaku, rekod perubatan menunjukkan terdapat bayi yang dilahirkan dengan lebih daripada satu kepala terutama di Afrika.

Menurut Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS), encephalocele merupakan kecacatan saluran saraf yang menyebabkan tengkorak tidak terbentuk sempurna menjadikan sebahagian tisu otak dan bahagian lain berada di luar tempurung kepala.

Pada 4 Mac lalu, sepasukan pakar bedah saraf di Institut Sains Perubatan Sher-e-Kashmir (SKIMS) berjaya melakukan pembedahan pada bayi dengan dua kepala.
 
Laporan tempatan menyatakan, bapa bayi berkenaan cuba menanamnya hidup-hidup kerana bimbang tidak dapat menanggung kos rawatannya.  Bagaimanapun, polis berjaya menyelamatkan bayi itu berhampiran bandar Nowhatta.

Difahamkan, pembedahan memisahkan otak normal dan otak tidak normal itu berjaya dan bayi terbabit kemudian dijadikan anak angkat oleh bapa saudaranya. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 24-7-2019 01:06 PM
Nasib baik budak tu tak dianggap dewa dewi
Quote Maideen. 24-7-2019 01:08 PM
Jika kesilapan macam ini boleh berlaku, apa sangatlah kesilapan termasuk wanita di dalam badan lelaki......

Wallahualam.
Quote Mfzg89 24-7-2019 01:08 PM
korang kalau bab ni x nak plak komen ye..semalam bab Cabut Kondom laju je korang komen..x sampai sejam dah beratus komen..
Quote nolya 24-7-2019 01:19 PM
Mfzg89 replied at 24-7-2019 01:08 PM
korang kalau bab ni x nak plak komen ye..semalam bab Cabut Kondom laju je korang komen..x sampai sej ...

Bukan semua perkara boleh suka2 nak komen.  Cite bayi berkepala tiga bukan kehendak manusia, lebih kpd kuasa Allah yg menjadikan, tapi cite cabut kondom itu adalah pilihan sinner itu sendiri. Tau dosa, tau cabut konom ada risikonya: boleh termengandung, boleh terjangkiti penyakit hiv, tapi sendiri dah nempah akibah, bila tangan berani mencincang haruslah bahu berani memikul....iya tak?
Quote Xim 24-7-2019 01:39 PM
nolya replied at 24-7-2019 01:19 PM
Bukan semua perkara boleh suka2 nak komen.  Cite bayi berkepala tiga bukan kehendak manusia, lebih ...

Setuju 200%
Quote buapakperut 24-7-2019 02:15 PM
kesian uttar pradesh ni miskin sangat.bersyukurlah kita kat mesia ada scan ultrasound free
Quote chinta89 24-7-2019 02:24 PM
kesiannya baby
Quote kualibesi 24-7-2019 03:36 PM
comelnye baby. semoga baby sentiasa sihat yer syg
Quote abangadek 24-7-2019 03:46 PM
dh miskin tu berentilah membiak
Quote palmolive 24-7-2019 03:48 PM
abangadek replied at 24-7-2019 03:46 PM
dh miskin tu berentilah membiak

kejamnya ngko..
Quote abangadek 24-7-2019 03:53 PM

yindia sana dh tahap miskin hina tapi bab membiak taknak kalah kau tengok anak cacat dia nak kebumi hidup2
Quote mbhcsf 24-7-2019 04:03 PM
wow, interesting....asbabnya may be  lacking of folic acid kot ? usually downstream defects ni like spina bifida may be ada asbabnya kurang zat  tertentu ke infection ke , genetic defects.

Quote palmolive 24-7-2019 04:05 PM
abangadek replied at 24-7-2019 03:53 PM
yindia sana dh tahap miskin hina tapi bab membiak taknak kalah kau tengok anak cacat dia nak kebum ...

dia takut org sembah kot anak dia..
buat alasan kos perubatan
Quote Modngengade 24-7-2019 04:07 PM
cashlah...sembah lagi berhala banyak kepala
Quote abangadek 24-7-2019 04:59 PM
palmolive replied at 24-7-2019 04:05 PM
dia takut org sembah kot anak dia..
buat alasan kos perubatan

dia sendiri akn sembah dulu
Quote palmolive 24-7-2019 05:04 PM
abangadek replied at 24-7-2019 04:59 PM
dia sendiri akn sembah dulu

tgh celaru mana pikir nak sembah
Quote EvieWanKenobi 24-7-2019 05:22 PM
sampai 3 kepalanya..
Quote Buritan 24-7-2019 05:29 PM
Kurex replied at 24-7-2019 01:06 PM
Nasib baik budak tu tak dianggap dewa dewi

Esok ade laa yg sembah..
Quote Buritan 24-7-2019 05:29 PM
Maideen. replied at 24-7-2019 01:08 PM
Jika kesilapan macam ini boleh berlaku, apa sangatlah kesilapan termasuk wanita di dalam badan lelak ...

Kannn.. ckp pasai diri sendiri ke kuikk kuiik kuikk

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.050599 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top