Rasanya semua orang ada pengalaman kena denda, rotan atau dimarahi cikgu ketika bersekolah. Selalunya, bila dah dewasa kita akan melupakannya. Sedar diri yang cikgu buat untuk kebaikan kita juga.
Tetapi, apa jadi bila hukuman guru itu membuatkan kita trauma sampai berdendam? Itulah yang berlaku di China, apabila seorang lelaki membelasah cikgu sekolahnya walaupun sudah 20 tahun meninggalkan bangku sekolah.
Dilaporkan The Star, lelaki bernama Chang Renyao dari daerah Henan, China ini terlalu trauma dibelasah cikgunya sampai buat keputusan untuk membalas dendam! Kejadian itu berlaku ketika Chang pulang ke kampungnya dan terserempak dengan cikgunya Zhang Qinglin. Perjumpaan itu menyebabkan Chang teringat dirinya dibelasah dahulu, jadi dia pun buat keputusan untuk membelasah Zhang yang sudah tua itu. "Ingat aku lagi tak? Ingat tak dulu kau belasah aku dengan teruk?" kata Chang. Sampai Zhang terpaksa merayu-rayu meminta maaf; "Aku belasah kau dulu, aku minta maaf." Kejadian itu dirakam orang ramai sehingga Chang membuat kenyataan di Internet, mengakui kesilapannya tetapi menjelaskan dia bertindak sedemikian sebab trauma. "Saya tahu salah belasah orang, tetapi saya ada sebab. Tidak salah untuk hukum pelajar, tetapi awak buli, perlekeh maruah, pijak dan tendang dia hanya kerana awak tahu keluarganya miskin dan tidak berpengaruh. Bukan hanya sekali," tulisnya. "Saya hanya berusia 13 tahun ketika itu. Saya tidak boleh balas, tetapi saya simpan dalam hati. Walaupun selepas saya menjadi seorang bapa, saya tidak boleh melupakan peristiwa itu. "Kesakitan yang kau (Zhang) beri kepada saya seperti mimpi ngeri. Saya perlu dapatkan keadilan," tulis Chang lagi. Chang ditangkap dan dihukum penjara 18 bulan. Dia meminta maaf kepada semua cikgu yang terasa dengan tindakannya itu, kecuali Cikgu Zhang sebab dia memang layak dibelasah menurutnya. Rupa-rupanya, itu bukanlah kali pertama Cikgu Zhang kena belasah dengan bekas pelajarnya. Sebelum ini juga pernah kena, sebab waktu dia muda, dia cikgu gangster yang suka membuli dan membelasah pelajarnya. Setuju juga kan, walaupun hukuman cikgu itu mesti ada sebab, tapi berpada-padalah. Ada sesiapa yang masih ingat cikgu yang menghukumnya dulu tak? Cuba cerita sikit! - CARI |
ADVERTISEMENT