Kepada sesiapa yang tinggal berdekatan dengan Frogmore Cottage di Windsor baru-baru ini telah diberi arahan untuk tidak boleh sama sekali melihat Archie dan menyentuh bayi pasangan diraja tersebut.
Senarai arahan tersebut telah diberikan kepada mereka yang tinggal berdekatan melalui mesyuarat penduduk dan perlu dipatuhi. Antara senarai lain yang perlu diikuti ialah tidak boleh meneruskan perbualan dengan pasangan diraja tersebut, tawarkan diri untuk menjaga Archie serta menghantar surat ke peti surat kediaman pasangan tersebut. "Malah jika anjing pasangan tersebut mendekati penduduk, mereka tidak dibenarkan menyentuh anjing tersebut,". Untuk rekod, Meghan dan Harry mempunyai dua ekor anjing yang diberi nama Guy dan Labrador dan tinggal bersama mereka sejak September lalu. Penduduk di kawasan tersebut mengatakan, "Ia sangat luar biasa dan kami tak pernah mendengar apa - apa (arahan) seperti itu sebelum ini. Semua yang tinggal di kawasan kediaman ini tahu tentang adab dan cara menghormati kerabat diraja," "Kami tidak diberitahu tentang cara ketika pertemuan dengan sang ratu. Ratu sangat suka dan gembira bertemu dengan orang ramai," Kawasan kediaman Home Park dan Great Park sekitar Windsor itu dikendalikan oleh Crown Estate. Seramai 400 orang tinggal di kawasan tersebut yang terdiri daripada kakitangan diraja dan pekerja Crown Estate.- CARI |
meteorspeed: Sian padahal jo hadap gak duit tax payer tp gigih buat rule. Bila la deme nak jasik democrat. Raja dah tak relevan.
ADVERTISEMENT