Berita Harian mealaporkan, dua lelaki menunggang motosikal menetak Timbalan Pengerusi Veteran UMNO Kelantan, Datuk Kamaruddin Abdullah di hadapan kedai makan, di Jalan Tengku Chik, kota Bharu, malam tadi.
Manga yang parah di pinggang dan kepala dibawa rakan-rakannya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Menurut Pengerusi Veteran UMNO Kelantan, Datuk Mohd Rozali Isohak, beliau bergegas ke hospital malam tadi sebaik mengetahui mengenai kejadian menimpa mangsa. “Alhamdulillah, Kamaruddin baru sedar sekejap tadi dan boleh bersalaman dengan saya. Kecederaan yang dialami agak teruk di kepala dan pinggang. “Doktor memaklumkan perlu menjalani pemeriksaan lanjut untuk melihat secara terperinci kecederaan yang dialami,” katanya kepada BH. Difahamkan, dalam kejadian 7.30 malam itu, mangsa baru keluar dari kedai berkenaan dan berjalan seorang diri untuk ke masjid berdekatan bagi menunaikan fardhu Maghrib.
Namun, dua lelaki terbabit yang bersenjatakan parang tiba-tiba menghampiri mangsa dan menetaknya sebelum melarikan diri. Mohd Rozali bagaimanapun mendakwa sehingga kini beliau tidak tahu punca Kamaruddin ditetak suspek. - CARI
|
itik_kuning replied at 29-7-2019 05:06 PM
ayah kepada shahrul nasrun ni
jazaa100 replied at 29-7-2019 09:18 PM
Shahrul nasrun tu sapa....
jazaa100 replied at 29-7-2019 09:18 PM
Shahrul nasrun tu sapa....
sarah82 replied at 30-7-2019 12:43 AM
Rasanya la.. Kalau x salah.. Suami tokey kosmetik
rosevelvet replied at 30-7-2019 07:16 AM
Ex bf adira kan?
jazaa100 replied at 29-7-2019 09:18 PM
Shahrul nasrun tu sapa....
ADVERTISEMENT