Banyak sangat kes cerai berai yang kita dengar kebelakangan ini. Macam-macam puncanya, selalunya disebabkan orang ketiga, curang, duit dan pelbagai lagi.
Nak memulihkan hati yang sakit kerana perceraian itu bukan mudah. Ambil masa bertahun, ada yang langsung tak berbaik sampai ke tua. Tetapi, kisah diceritakan seorang pengguna Twitter ini menyentuh perasaan. Dia menulis tentang kisah ibu bapanya yang berpisah. Selepas bercerai, ayahnya kahwin lain. Ibunya pula membujang selama 10 tahun sebelum berjumpa lelaki lain yang buka hatinya untuk berkahwin sekali lagi. Tetapi, sebelum si ibu berkahwin, dia menghubungi bekas suaminya untuk bertanyakan soalan paling penting: "Sebab salah sayakah, awak berkahwin lain selepas kita bercerai?" Sebabnya kalau betul salah si ibu sehingga perceraian berlaku, dia mahu mengubah sikapnya supaya perkahwinan kedua itu berpanjangan. Dan jawapan bekas suaminya penuh hikmah: "Jika saya boleh putar balik masa, saya tak akan buat silap seperti yang saya buat." "Bukan salah awak. Sebab saya kahwin lain sebab ketika kita berkahwin saya biarkan orang luar masuk campur rumah tangga kita sampai saya buat silap. Saya harap awak bahagia kali ini dan jangan biarkan orang luar masuk campur perkahwinan awak." Kisah itu mendapat pujian netizen, yang menyifatkan sukar sebenarnya hendak memaafkan bekas pasangan, lebih-lebih lagi kalau perpisahan berakhir kerana orang ketiga masuk campur. Semuanya kehendak Allah. Ada juga yang mengharapkan ibu bapa mereka yang berpisah berbuat perkara sama. Saling memaafkan. Orang kata masa boleh menyembuh kan? Semoga mereka berbahagia. - CARI |
Ferr_Remy: Citer2 bdk twitter ni, 10% je blh caya. 90% add on sbb btk likes. Hahaha. Nak kasi viral punya pasal.
salmon-suki replied at 31-7-2019 07:07 PM
Aiolzs rasa annoyed dgn komen y pakai dp pmpuan tu..english dah ler berterabur..guna bm je xleh ke?" ...
mbhcsf replied at 31-7-2019 08:36 PM
yups, mana ada gamble , bila gamble tu kita macam associate secara misalan ia macam judi sedangkan ...
ADVERTISEMENT