CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragedi Berdarah Di Pesta Bawang

29-7-2019 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5822| Komen: 22

Sekurang-kurangnya tiga maut, manakala 15 lagi cedera dalam serangan tembakan rambang di sebuah pesta makanan di California pada Ahad.


Foto: Reuters


Memetik The Sun, bunyi tembakan di Pesta Bawang Putih Gilroy itu mencetuskan kepanikan pengunjung yang bertempiaran menyelamatkan diri.

Difahamkan, polis pada pagi Isnin mengesahkan sekurang-kurangnya tiga terbunuh, manakala suspek ditembak mati oleh anggota yang tiba di lokasi sebaik menerima laporan mengenai kejadian tembakan itu.

Lelaki itu dikatakan memotong pagar untuk menceroboh masuk ke festival berkenaan.


Foto: The Sun


Sementara itu, NBC melaporkan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun antara terbunuh dalam tragedi berkenaan.


Steven Romero, 6, dilaporkan media antara tiga yang maut dalam kejadian
Foto: Twitter/The Sun

Sehingga kini, masih tidak dapat dipastikan sekiranya insiden itu membabitkan suspek kedua dan motif serangan masih dalam siasatan.

Menurut saksi kejadian, dia melihat seorang individu mengenakan kelengkapan penyamaran bersenjatakan raifal semiautomatik menembak secara rambang ke arah pengunjung.


Foto: Reuters

Sementara itu, penyanyi Jack van Breen dari kumpulan Tin Man yang sedang membuat persembahan berkata, dia melihat seorang lelaki berbaju hijau menembak ke arah kawasan makanan ditempatkan.

Dia yang kemudian bersembunyi di bawah pentas bersama ahli kumpulannya mendakwa terdengar seseorang menjerit; "Kenapa kamu melakukannya?" dan dibalas suspek; "Sebab saya sangat marah."

Ketua Polis Gilroy, Scot Smithee berkata, bunyi tembakan mula kedengaran sekitar jam 5.41 petang waktu tempatan.

Agensi berita NBC Bay Area pada awalnya melaporkan pasukan medik dimaklumkan seramai 11 mangsa maut dalam insiden itu.

Manakala, KSBW dimaklumkan polis bahawa 60 cedera dalam kejadian, namun kesahihan laporan itu tidak dapat dipastikan.


Foto: AP

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menerusi Twitternya menasihatkan penduduk di kawasan berkenaan supaya berhati-hati dan menjaga keselamatan sebelum suspek dilaporkan sudah ditangkap.



Pesta Bawang Putih Gilroy diperkenalkan pada 1979 dan memaparkan makanan, minuman, serta dan pertandingan memasak yang dianjurkan sukarelawan.

Ia pertama kali diadakan di Taman Christmas Hill, di mana sebarang objek yang bloleh dijadikan senjata sama sekali tidak dibenarkan dibawa masuk. - CARI
1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 29-7-2019 04:05 PM
90% akak percaya suspek consume ice syabu atau metapathamine. bila satu level suspek akan overdose dan cuba kawal diri tak ambil barang.

bila stop mula nampak malaikat maut, dengar pesanan jesus, dengar bunyi siren polis dan macam2 lagi tanpa sebab.

kes penggal kepala keluarga bunuh keluarga mostly dadah jenis ni.
Quote ainashiqa 29-7-2019 04:10 PM
Suka2 je tembak rambang.. Gila
Quote Buritan 29-7-2019 04:12 PM
ainashiqa replied at 29-7-2019 04:10 PM
Suka2 je tembak rambang.. Gila

Siannya.. dunia ni dah tak aman.. simpati aku..
Quote VirusDetected 29-7-2019 04:25 PM
manusia makin gila... sesukati je bunuh org
Quote multinicky 29-7-2019 04:32 PM
just a shooter definitely not a terrorist attack
Quote amerald 29-7-2019 04:33 PM
tetiba teringat geng mokcik bawang malaysia
Quote Nenolen 29-7-2019 04:34 PM
Allahu...kaka mati2 ingat tajuk TT click bait...rupa2nya betullllll
Quote Kurex 29-7-2019 04:48 PM
Yg melayu urban dekatbsini dah tak boleh tunding jari dekat islam lagi
Quote Foxey 29-7-2019 05:11 PM
Apalah yang dimarah nya sangat sampai boleh tembak orang randomly. Serious anger issue tu. Kesian budak 6 tahun tu dan yang turut maut
Quote Boomibulat 29-7-2019 06:11 PM
Foxey replied at 29-7-2019 05:11 PM
Apalah yang dimarah nya sangat sampai boleh tembak orang randomly. Serious anger issue tu. Kesian bu ...

Mungkin ada makcik bawang yg membawang pasal suspek mengunyit di pesta bawang..
Quote giyomi 29-7-2019 07:12 PM
membawang pon dah tak selamat sekarang...hati2 dan berhemah bila membawang kelak. Condolence akak ucapkan
Quote dockers 29-7-2019 08:13 PM
Kenapa tak declare terrorists attack?
Quote batmana 29-7-2019 09:07 PM
dia tak suke bawang ke ape?
Quote RatuDunia94 29-7-2019 09:54 PM
Pelaku white man = tembakan rambang
Pelaku muslim = pengganas
Quote syaz_lina 29-7-2019 10:14 PM
Hampeh punya donald duckkk..be safe je ko letak dlm twitterrr
Quote bloodyamuk 30-7-2019 05:31 AM
Bila ar nak berakhir mass shooting ni...gila mental murica ni
Quote Chairman 30-7-2019 11:11 AM
"lelaki berbaju hijau"

Dah nampak dah ke mana sasaran pertuduhan tu nti..just wait and see
Quote moonbug 30-7-2019 08:44 PM
Another mass shooting on American soil. Wake up Trumpet!
Quote FOTHER-MUCKER 30-7-2019 09:59 PM
dockers replied at 29-7-2019 04:13 AM
Kenapa tak declare terrorists attack?

Tengok motif pembunuhan la.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.310520 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top