CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Pulang Modal! Filem Terbitan Syarikat Liyana Jasmay Hancur Teruk

31-7-2019 11:56 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 36370| Komen: 214|Original author: Oleh: Saiful

Rugi teruk, tidak pulang modal langsung! Filem pertama terbitan syarikatnya, Bella dan Jamie yang ditayangkan Januari lepas gagal.

Tapi, walau macam manapun, Liyana Jasmay langsung tidak berputus asa. Syarikatnya, Mermaid Studios Sdn Bhd tetap optimis dan akan terus menerbitkan filem selepas ini.




Ini hanya cabaran dalam perniagaan, katanya.

"Memang sedih sebab filem rugi. Saya tak boleh tipu sebab semua tahu angka dan kutipan filem ini.



"Sasaran nak dapatkan kutipan sekurang-kurangnya RM1 juta, tetapi tak sampai langsung. Memandangkan ini filem pertama, jadi kita belajar apa kehendak penonton.

"Kadang-kadang, sebagai penerbit kita rasa ini yang penonton mahukan, tetapi tidak," katanya kepada Harian Metro.


Foto: IG

Tambah Liyana, dia akan buat filem yang bajetnya kurang RM1 Juta dengan genre berbeza.

"Genre filem baharu masih rahsia. Kami akan cuba buat secepat mungkin. Selain itu, kami ada banyak projek lain seperti telefilem, drama TV dan YouTube.

"Fokus kami masih di TV tetapi filem akan cuba secepat mungkin. Apabila sudah dapat dana, kita akan terus buat," katanya.



Okey, sama-samalah kita tunggu filem akan datang ya. Harap-harap, kali ini pecah panggung! - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 31-7-2019 12:18 PM
Kos sejuta dpt 9k+ lebih je..?x pnh dgr pn ada filem ni
Quote Ferr_Remy 31-7-2019 12:20 PM
Edited by Ferr_Remy at 31-7-2019 12:33 PM

Masa bila penonton mahukan muka hang kat wayang? Da la sendu. Pastu acah2 filem remaja urban, padahal hang dress up cam desa pastu mak orang plak tu. Tajuk filem brangan mat salleh plak tu. Sape target audience hang? Yg duk kampung sah2 x layan movie camni, yg bandar plak pun x tringin nak tgk movie camni. Hahaha
Quote CiliPadiSedap 31-7-2019 12:23 PM
Dia ni pelakon cita mukhsin ke? Yang berlakon sutun tu?
Quote akubest 31-7-2019 12:25 PM
akak pilem2 melayu ni walopon akak tak bekesempatan tgk tapi akak follow rapat
ni jaman bila ko produce pilem ni dekkkk

trailer pon hazabedahhh pprt sangat
kalo akak tgk trailer ni pon main kat tv2 pon akak tak polo dek non
jangankan kata movie

lagikla org tgh kecam kau pasai bukak tudong.. ko kuar pulak citer ko jd heroin
sapa nk tgk citer ko dekk????

cuba lagi ye dekk lenkali
satu lagi kalo bajet sejuta tu 300k boleh tak letak utk promosi
ko buat filem gempak mana pon dek, org tatau
sapa yg nengok dekkkk...lahaiiiii
Quote natrahn 31-7-2019 12:26 PM
tak tau pun wujudnya filem nih... takde promosi..
Quote annadonna 31-7-2019 12:31 PM
Marketing fail.  Agaknya 9k kutipan ni sedara mara dorang je datang tengok. Kalau calculate harga standard tiket rm20 hanya 400 org je menonton.
Quote beta_carotene 31-7-2019 12:33 PM
laa ingatkan bella dan jamie tu drama slot pukul 8.30mlm kat tv9
Quote freyayong 31-7-2019 12:33 PM
Filem ape ni. Apa tajuk. Siapa berlakon? Lol siapa yg g tgk tuuuu
Quote Noraniza_Iblis 31-7-2019 12:40 PM
akubest replied at 31-7-2019 12:25 PM
akak pilem2 melayu ni walopon akak tak bekesempatan tgk tapi akak follow rapat
ni jaman bila ko pro ...

astagaaa komen uolss...
hahaha...
kenape kene tv2 uols..pprt sgt kee RTM..
hahahaha
Quote azlinazakarya 31-7-2019 12:40 PM
Desa nan permai...
Quote meow_tompok 31-7-2019 12:40 PM
Tak pernah dengar filem nie. Tak tahu langsung dia buat filem.
Ramai yg tak tahu ni, camner ko promosi?

drpd buat filem, baik la duit tu pegi bukak tealive dik. Semedang je org beratur  


Quote meow_tompok 31-7-2019 12:41 PM
next film ... budget less 1M... apooo?

Quote akubest 31-7-2019 12:43 PM
Noraniza_Iblis replied at 31-7-2019 12:40 PM
astagaaa komen uolss...
hahaha...
kenape kene tv2 uols..pprt sgt kee RTM..

hahahhahaa
dedulu akak rasa tv2 main sinetron cina ngan yindia jahhh so akak tak layan sangat
tu akak umpamakan tv2 hahahahhahaa

rtm akak tabik spring okeh
telemovie ngan sinetron melayu yg akak dok tgk2 kat rtm ni
mostly helok la depada stesen tv lain.
Quote dekmieDandy 31-7-2019 12:45 PM
diorang cakap cerita ni layak masuk Cerekarama je

aku tengok trailer pon tak ingin
Quote akubest 31-7-2019 12:45 PM
meow_tompok replied at 31-7-2019 12:40 PM
Tak pernah dengar filem nie. Tak tahu langsung dia buat filem.
Ramai yg tak tahu ni, camner ko pro ...

pengsan aku gelak ngan komen ko nih
tea live pon bolehhh hahahahhaha
Quote fushimi 31-7-2019 12:47 PM
bila masa ko buat pilem nyah

ko buat pilem dapat geran dari gomen ke

kos sejota tapi kutipan habuk pun tarak

hellooo baik ko wat drama kegemaran acik kepam kul 7 tb 3 suku lagi bagus
Quote bambimbom 31-7-2019 12:47 PM
LJ ni kalau buat drama ke film, semedang nak dia je jd heroin... sape nak tgk muke ko nyah? org tak suke tgk muke ko la yg cakap ajet2 pelat london tu.. nak produce filem, dok la belakang tabir.. lain la ko ade aura mcm P.Ramlee tu..

aritu jual baju pun sendu... bagus la tinvy rolling duit dari si LJ ni wlpn same2 lahir anak org kaya...
Quote lizaluvliz 31-7-2019 12:48 PM
kalau filem syok sendiri mmg la org krik2 kan

lg2 xde promosi
Quote tulanglampai 31-7-2019 12:50 PM
tak pernag tau pasal filem ni. haha

Lihat semua komen(214)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.043015 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top