Baru sahaja bersalin, suami mahu membuat ujian DNA ke atas bayi. Situasi ini pastinya membuatkan ramai berasa keliru dan juga marah. Begitulah yang dikongsikan oleh seorang jururawat yang menceritakan bagaimana seorang wanita mengalami situasi berkenaan sebaik sahaja melahirkan.
Memetik laporan Mstar Online, Niesha yang bekerja di sebuah hospital di Selangor menganggap permintaan suami kepada wanita berkenaan sebagai sangat tidak wajar. “Rasa marah sebab tidak patut. Kenapa nak buat ujian DNA, sudah tentu itu anak dia. Suami wanita itu kena belajar lagi tambah pengetahuan. “Tidak semestinya tidak keluar darah bermakna dia tiada dara. Ada juga orang yang lahir tanpa selaput dara.
“Jadi tidak boleh jangka semua wanita akan berdarah sewaktu pertama kali melakukan hubungan intim,” katanya. Niesha berkongsi hal tersebut menerusi Twitter menerima lebih 35,000 ulang kicau dan pelbagai respon di kalangan warganet. Berikut merupakan perkongsian Niesha yang di laman mikro tersebut: Apa pula pendapat anda? - CARI |
sfrnna replied at 31-7-2019 03:18 PM
Tula xmau belajar. Kalau I, Yg pasti I buat ja DNA test. Pastu I blah. Anak I x deserved bapak bongo ...
kualibesi replied at 31-7-2019 03:36 PM
bengap sungguhhh woiii. xkn la lepas 2 tahun kawen bermakna itu bukan anak kau?? smpi nk cek DNA bag ...
awanysss replied at 31-7-2019 04:07 PM
mungkin ade related dgn kecurangan ke ape. hal laki bini ke..
takpun laki tu pernah buat ujian ke ...
kualibesi replied at 31-7-2019 04:12 PM
haha iolls try jgk husnuzon, tp kenot lah. nk jugakkk marah. mungkin laa kan ad dark history, tp m ...
ADVERTISEMENT