Kagum dan terlalu memberi inspirasi. Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) yang didapati memandu menggunakan kakinya membuatkan ramai tergamam.
Memetik laporan ProjekMM, video yang dirakam itu menunjukkan Norfarrah Syahirah Shaari, 31 secara bersahaja memandu dengan hanya menggunakan kaki dan bukannya tangan seperti pemandu lain. “Tujuan rakaman untuk memberi inspirasi kepada masyarakat berkaitan diri saya sebagai OKU. Ia bagi mereka merasai pengalaman saya memandu di kawasan kampung,” ujar wanita berhati kental ini. “Akak tak anggap diri macam OKU, anggap macam orang normal. Bezanya ada tangan dengan tak ada tangan, itu saja,” katanya lagi.
Farrah juga tidak mahu mengambil pusing tanggapan negatif orang lain terhadap dirinya. “Biarlah orang nak cakap apapun, biarlah nak kata. Yang penting kita buat apa yang kita nak dan kita tahu apa yang kita buat,” ujarnya. Dalam pada itu, rakannya Nur Fazila Jani yang memuat naik video berkenaan di laman Twitter mendapat ulang kicau lebih 10, 000 kali oleh warganet. - CARI |
jijilaaa: ak tgk vid ni..ak plak rasa goyang nak naik dgn dia kalu dia drive...xbahaya ke drive guna satu kaki...i mean kalu kita drive 1 tangan pun time2 kita ...
ADVERTISEMENT