CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek Masuk Kasino, Tinggal Cucu Dalam Kereta Sampai Mati

1-8-2019 04:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3066| Komen: 13

Seorang wanita mengaku bersalah menyebabkan kematian cucu lelakinya berusia lima tahun selepas meninggalkan mangsa di dalam kereta sementara dia menghabiskan masa di sebuah kasino selama enam jam.


Metro.co.uk melaporkan, Alanna Jean Orr, 50, mengaku bersalah pada Selasa atas kesalahan membunuh Maddox Ryan Durbin di luar Kasino Kickapoo di Harrah, Oklahoma, pada Jun, 2018.


Foto: Metro.co.uk/casino.org

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan tertuduh tiba di kasino berkenaan pada jam 1.23 petang dan meninggalkan premis itu jam 7.28 malam kemudian.

Difahamkan, pada hari kejadian, cuaca dilaporkan panas sehingga suhu mencecah 32 darjah Celsius.

Wanita itu dikatakan menyedari cucunya tidak bernafas sebelum menghubungi talian kecemasan, namun dia mendakwa mangsa tercekik.

Pasukan paramedik yang tiba gagal menyelamatkan kanak-kanak itu kerana tubuh mangsa mulai mengalami rigor mortis (mengeras).


Menerusi postingnya di Facebook selepas kematian mangsa, Alanna menulis; "Terlalu banyak kenangan manis kita bersama dan kemudian nenek harus melihat kamu pergi meninggalkan nenek.

"Nenek sentiasa bersama kamu dan bersedih atas pemergian kamu," tulisnya.

Pada April lalu, Alanna didakwa atas kesalahan membunuh selepas kes itu disiasat oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI). Namun, tertuduh pada mulanya menafikan segala tuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Alanna juga dilaporkan mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah beberapa kali ditangkap.

Keputusan hukuman terhadap tertuduh akan ditetapkan kemudian dan dia berdepan hukuman penjara seumur hidup serta denda ASD250,000 (RM1.036 juta). - CARI

Bagus
2

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • adda001

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Caranthir 1-8-2019 05:07 PM
Jun, 2018 ??

Quote Foxey 1-8-2019 06:54 PM
Judi punya pasal, cucu pun boleh lupa
Quote Austranesia 1-8-2019 08:38 PM
mak bapak tak reti jaga anak ke? sampai nenek yg kena jaga
Quote putericahaya999 1-8-2019 08:41 PM
Nenek oh neneknya
Quote rhea85 1-8-2019 09:48 PM
{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh
Ape punya nenek la
Quote VirusDetected 2-8-2019 08:20 AM
mental gak nenek ni
Quote haruslah 2-8-2019 08:26 AM
bla ade kes cuai berlaku kat malaysia kemain marhein komplen kata kes tinggal anak ni kat malaysia jah
Quote ikanmasin 2-8-2019 09:17 AM
"Nenek sentiasa bersama kamu dan bersedih atas pemergian kamu," tulisnya.

tp ko jg yg abaikan cucu ko kan.berjam2 tinggalkan dlm kereta sampai mati..
Quote dianegurl 2-8-2019 09:22 AM
cam mental je nenek dia
Quote piep 2-8-2019 10:13 AM
pandai berlakon sungguh naa
Quote Pink_Purple 2-8-2019 11:12 AM
kaki judi..apa nak diharap
Quote hasniey 2-8-2019 02:39 PM
Seksa matinye.6jam dlm panas.
Quote teddykuning86 2-8-2019 08:51 PM
piep: pandai berlakon sungguh naa

Kannn. Siap kata budak tu tercekik. Adui...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.126510 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top